Rabu, 28 November 2012

PENANAMAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA SABAH


PENANAMAN RUMPAI LAUT UNTUK KOLAGEN HANYA DI SEMPORNA SABAH JE BUKAN DI MANA2 NEGERI YEK.


SEMPORNA, 3 Nov (Bernama) -- Projek Kluster Rumpai Laut Sabah yang dilancarkan di Semporna hari ini bakal melonjakkan industri rumpai laut negara sebagai industri berimpak dan bernilai tinggi kepada negara menjelang tahun 2020, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata berdasarkan pelan dan tindakan yang digariskan di bawah projek Bidang Ekonomi Uta
ma Negara itu, industri rumpai laut di Sabah, khususnya di Semporna yang kini diiktiraf sebagai ''Daerah Pengeluar Rumpai Laut Negara'' akan ditransformasi menjadi industri penting negara.

"Kita ingin menjadikan rumpai laut ini sebagai program berimpak tinggi yang dahulunya diusahakan secara tradisional atau setakat ''cukup makan''. Hari ini kita merancang rantaian nilai bukan sahaja untuk kita mencari kaedah dan teknologi untuk mengeluarkan rumpai laut tetapi juga aktiviti huluan.

"Rumpai laut diproses untuk membuat bahan kecantikan atau kosmetik dan sebagainya. Rancangan kita bukan sahaja untuk membantu nelayan tetapi kita juga mesti ada kilang dan institut penyelidikan rumpai laut negara," katanya kepada
pemberita selepas melancarkan program Mini MAHA dan Projek Kluster Rumpai Laut
Sabah di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli, mewakil Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Noh berkata berdasarkan perancangan di bawah Projek Kluster Rumpai Laut Sabah, pengeluaran rumpai laut dijangka meningkat kepada 900,000 tan metrik setahun dan nilai eksport rumpai laut kering dan dalam bentuk ''karageenan'' dijangka melonjak kepada RM1.4 bilion.

Katanya berdasarkan perancangan itu, kerajaan memperuntukkan RM46 juta kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melaksanakan projek Mini Estet Rumpai Laut manakala peruntukan RM8.3 juta lagi disalurkan kepada kira-kira 300 peserta program kluster di bawah Jabatan Pertanian.

Pada masa ini, katanya 11 kumpulan dibentuk di bawah Projek Mini Estate UMS merangkumi kawasan perairan Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tawau manakala di bawah projek kluster Jabatan Pertanian, terdapat empat kumpulan dengan kira-kira 300 peserta.

Noh berkata kerajaan juga melantik beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan UMS untuk melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan
peruntukan berjumlah RM17 juta.

Katanya institusi pengajian tinggi berkenaan bukan sahaja bertanggungjawab menjalankan penyelidikan berkaitan kaedah paling efektif mengeluarkan rumpai laut tetapi juga mempelbagaikan jenis kegunaan atau produk daripada rumpai laut berkenaan.

Mengenai program dwi-tahunan Malaysian Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA), Noh berkata ia akan bermula pada 23 Nov ini di Serdang, Selangor dan berakhir pada 2 Dis.

Katanya agensi di bawah kementeriannya sudah menjelajah ke beberapa negeri melalui penganjuran Mini MAHA bagi mempromosikan MAHA serta memberi pendedahan dan pengetahuan kepada rakyat berkenaan program dwi-tahunan itu.

BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI