Sabtu, 17 November 2012

kekejaman israel

Asslamualaikom ..pemimpin hzubila..syedhasan nsrallah minta semua muslim tuk baca surah al baqarah ayat 26-27 dan surah yunus ayat 85.86.88 malam ini..tolong sibarkan.. Agar israel hancur..foward kpd seluroh umat islam..saudara seugama telah dikepong tggu mse untuk di sembeleh..keadaan amat dashat..tu saja jihat kita... Minta tlg sgt2 kpd sahabat

WAJIB BACA -->KEAJAIBAN DI GAZA... Sejam yang lalu subhanallah..Allah Akhbar...... Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga meran gkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA... DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.

Allah...Allah...Allah...Selamatkan n turunkanlah bantuanMu pada saudara2


semakin sebak dada melihat ujian umat Palestin hari ini... beberapa tahun dulu sebak juga.. tapi apabila israel menghentikan serangan keadaan tenang sebentar, maka semua umat islam kembali alpa.. apabila roda kembali ke bawah, kita tersedar kembali..begitulah rutin umat hari ini..macam rat race.. kenapa? sebab kita lupa nak cek diri sendiri, sejauh mana kita telah berjihad untuk tegakkan iman dalam diri, keluarga, sahabat dan masyarakat di sekitar kita.. 

dalam menyambut hijrah 1434 yg baru, kita masih selesa di takuk lama, aurat masih diambil ringan, solat masih tak didirikan dengan kemas, lidah masih lancar menabur fitnah dan menjaja salah orang, hati masih berdengki dengan kesenangan orang.. Astaghfirullahal'azim...

dengan anak2 kita tidak kasihan, dengan suami kita sangat berkasar. dengan ibubapa kita abaikan, Maka jelas sekali kita lupa nasib kita di alam barzakh dan kampung akhirat nanti..

dalam fikiran lebih banyak fikirkan camana nak jadi lebih kaya esok hari, lebih cantik esok hari, lebih diterima orang esok hari, seolah-olah kita mahu hidup lebih lama untuk menikmati dunia.. sedangkan pada masa yang sama udara yang kita hirup dan nikmati ini juga sedang dihirup oleh mereka yang sangat sengsara di sana... yang fikirkan camana nak meninggalkan dunia dengan sebaik2nya (iman di lidah dan hati)..


andaikan Allah mengasihani kita, memberikan kita amaran (sakit etc) sebelum mati maka sedikit tuah utk kita.. tapi andainya pengakhiran kita tiba2?.... jom muhasabah dan paksa diri untuk berubah kerana Allah swt dan nasib kita kelak.. WALLAHU'ALAM..















Dr. Asyraf Al-Qudrah, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, bilangan mangsa yang syahid dalam serangan zionis di Gaza telah meningkat kepada 48 orang.

Dari jumlah ini, 13 darinya adalah kanak-kanak. Manakala bilangan mangsa yang cedera melebihi 500 orang.

اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI