Sumber resepi dari kawan facebook kak aini .
BAHAN-BAHAN :
1 cawan mentega@250 buttercup
1/2 cawan gula halus ( klu nk manis letak lebih )
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil pewarna kuning
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan tepung jagung (diayak)
1 cawan tepung kastad (di ayak)
chocolate rice bewarna sebagai hiasan
magkuk kertas secukopnye yea
cara membuatnya?
pukul mentega dan gula sehingga kembang.
masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. pukul lagi.
masukkan tepung gandum , tepong kastad dan tepung jagung. gaul rata hingga adunan sebati. Pastu simpan kan sekejap adunan tu dalam peti sejuk supaya senang sikit proses nak memarut nya.
parutkan adunan ke dalam bekas lain.sediakan acuan kertas dan masukkan 'sarang semut' itu tadi ke dalam papercup tersebut. guna sudu aje, kemudian taburkan coklat rice manik2 tu ke ats adunan dn bakar.sejukkan dn simpan dlm bekas kedap udara. biskut sarang semut yg mengunakan tepong kastad ni akan jdi lebih ranggup dan sedap.gabungan tepong jagung untuk meranggupkan, tepong kastad untuk cair di mulut dan tepong gandum untuk asas pembuatan biskut..selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.