Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan

Khamis, 10 Februari 2011

ayam goreng berempah



ayam goreng berempah sherry dzul

4 labu bawang merah 6 batang serai2 tongkol lengkuas 3 sudu rempah kari ikan 3 sudu kunyit babas 5 sudu cili kering (blend) 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3 sedikit serbuk perasa
\\ cara memasak 1 ekor ayam dipotong 16, perap semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
panaskan minyak deep fried dan goreng ayam tadi....api biar sederhana..bila srdak agak kekuningan tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus...bila ayam dah masak masukkan daun kari dan cili kering potong dan tabur atas ayam bersama serdak tadi.. tentunya menyelerakan...lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdakny

Rabu, 29 Disember 2010

ayam masak merah

sekilo ayam (goreng separuh masak)
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 inci lengkuas
15 batang lada kering
1 batang serai (diketuk)
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb tomato puree
3 sb santan klu x letak pon x pe
1 senduk minyak (bekas goreng ayam)
garam,pak aji & gula klu bubuh kiub ayam magie lg sedap
Cara-cara

Kisar halus bawang putih,bawang merah,lengkuas,daun limau purut dan lada kering. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau serta masukkan serai.
Masukkan sedikit air serta semua sos. Perasakan dengan garam,pak aji & gula.
Masukkan pula santan,last masukkan ayam,gaul rata dan biarkan sekejap hingga semua sebati. Siap untuk dihidang.



ada lg sedap resepi ayam masak merah kak fida..guna remph beriani
1 ekor ayam - bersihkan dan potong ikut suka
10 batang lada kering* (lebihkan jika suka pedas)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 jari halia*
3-4 batang serai*
2 biji bawang besar - dihiris bulat
3 biji tomato - potong dadu
2 batang serai - titik
1/2 jari lengkuas - titik
2 helai daun pandan - disimpul
kulit kayu manis,pelaga,cengkih (bahan tumis)
2 sb tomato puri/tomato sos
3 sb rempah beriani
garam,gula/gula melaka secukup rasa
2 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit bawang goreng
minyak untuk menumis
Cara-cara

Ayam digaul sedikit garam dan kunyit dan goreng.Kisar halus bahan2 yang bertanda*
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris,penumis,daun pandan,serai dan lengkuas titik,hingga wangi.Masukkan bahan yang dikisar halus dan masak hingga hampir kering.Masukkan tomato buah,rempah beriani,tomato puri/sos dan gaul hingga rata.Masukkan sedikit air jika perlu,gaul dan tutup periuk sebentar.
Masukkan ayam goreng ke dalam periuk dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Gaul hingga rata,tambah air jika terlalu kering.Bubuhkan sebahagian daun ketumbar dan bawang goreng.Tutup semula periuk dan kecilkan api dan masak lagi hingga 5-10 min. atau hingga ayam masak.
Taburkan kacang peas,kacang gajus,bawang goreng dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

rendang ayam resepi asal noor shahiazan mohd said fb

resepi ni belajr dgn biras noor shahizan mohd said.. 
bahannye:
1 ekor ayam-potong2
30gm cili kering-kisar
5 helai daun kunyit
rempah 5..seperti cegkih, kulit kayu manis. pelaga dan bunga lawang
5 helai daun limau purut
1 biji kelapa-ambil santannya
10 biji buah keras-kisar halus
20gm kerisik
garam n gula secukupnya
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
2 ulas kunyit hidup
Cara-cara

masukkn kesemua bahn2 ni dlm kuali sekali dgn ayam tak perlu menumis main leburkn je
masukkan santan, buah keras, serta ayam.
masukkan garam n gula. bila agak pekat, masukkan kerisik dan daun salam, daun limau . masak hingga agak kering.


ada saya jumpe resepi baru dri blog cik mat gebu..nanti2 bru try wat rendang ayam stail cik mat gebu 


1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
1 biji kelapa, diparut
2 helai daun kunyit, dimayang halus
3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
2 ulas bawang putih, dimayang*
2 asam keping
1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
3 camca besar cili kisar
4 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar gula Melaka
Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis
BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
5 batang serai, dimayang
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
Cara-cara

Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.

Sabtu, 11 Disember 2010

Ayam goreng berempah kari ( resepi asal dri sherry dzul)

ayam goreng berempah ni ciptaan sherry dzul tp saye ubah suai sikit je..maaf ye sheery sbb derhaka..sayng lak lebihan ramuan yg d perap tu..saye tumis last sekali lepas goreng ayam.resepi ni memang sedap .
yang ni pulak lauk pauk hidangan  tengahri..ringkas jejangn segan2..jemput lah mkn yek.hehehehe
sayur labu manis dgn ikan kerisi goreng serta ayam goreng berempah je.
 ni resepi ayam goreng berempah ciptaan sherry dzul..time kasih sherry sudi hare resepi..memang mantapp
bahannye:

1 kilo ayam
2 peket kecil rempah kari ( 1 paket untuk d gaul dgn ayam dn 1 peket untuk d tumis dgn lada kering)
1 @ 2 tangkai daun kari ( d goreng sekali dn ayam dn bahan kisar)
3 sudu besar rempah kunyit
10 biji lada api
lada kering 3 yg dh d blender 3 sudu besar 
10 btg serai d potong kecik untuk d blender
2 buku lengkuas d potong kecik ntuk d blender 
4 ulas bawng putih
15 ulas bawang merah
2 buku halia
2 sudu gula merah ( x de gula merah buh je gula pasir)
garam dn pak aji (klu suka)
caranya:
belender serai, lengkuas, bawang merah dn putih, lada api, halia tp jgn terllau halus, belnder sekejap je sbb nk ade serdak2 bahan ni nanti. bahan blender ni d bahagi kn dua sbb untuk d gaul dgn ayam dn untuk d tumis dgn lada kering.

cuci ayam, masukkn bahan blender, rempah kari, rempah kunyit dn garam perap selama sejam ( klu nk cepat x yah perap pon x pe.)
goreng dgn api sederhana, bila bahan yg d belender 2 agak kekuningn angkat ayam dn asingkn serdak dri ayam.pastu goreng smula ayam smpai garing. dh siap angkat

dlm kuali yg lain tumiskn lada kering rempah kari , lebehan bahan blende, lada api ( klu nk pedas), gula merah dn garam serta pak aji.masak sampai pecah minyak dn bru masukkn ayam goreng dgn serdaknye sekali.kacau sebati dn d angkat kemudiaan masukkn daun kari yg d goreng dgn ayam tadi. sedia untuk d makan panas2.selamat mencuba

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI