Memaparkan catatan dengan label celotehku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label celotehku. Papar semua catatan

Sabtu, 17 November 2012

kekejaman israel

Asslamualaikom ..pemimpin hzubila..syedhasan nsrallah minta semua muslim tuk baca surah al baqarah ayat 26-27 dan surah yunus ayat 85.86.88 malam ini..tolong sibarkan.. Agar israel hancur..foward kpd seluroh umat islam..saudara seugama telah dikepong tggu mse untuk di sembeleh..keadaan amat dashat..tu saja jihat kita... Minta tlg sgt2 kpd sahabat

WAJIB BACA -->KEAJAIBAN DI GAZA... Sejam yang lalu subhanallah..Allah Akhbar...... Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga meran gkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA... DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.

Allah...Allah...Allah...Selamatkan n turunkanlah bantuanMu pada saudara2


semakin sebak dada melihat ujian umat Palestin hari ini... beberapa tahun dulu sebak juga.. tapi apabila israel menghentikan serangan keadaan tenang sebentar, maka semua umat islam kembali alpa.. apabila roda kembali ke bawah, kita tersedar kembali..begitulah rutin umat hari ini..macam rat race.. kenapa? sebab kita lupa nak cek diri sendiri, sejauh mana kita telah berjihad untuk tegakkan iman dalam diri, keluarga, sahabat dan masyarakat di sekitar kita.. 

dalam menyambut hijrah 1434 yg baru, kita masih selesa di takuk lama, aurat masih diambil ringan, solat masih tak didirikan dengan kemas, lidah masih lancar menabur fitnah dan menjaja salah orang, hati masih berdengki dengan kesenangan orang.. Astaghfirullahal'azim...

dengan anak2 kita tidak kasihan, dengan suami kita sangat berkasar. dengan ibubapa kita abaikan, Maka jelas sekali kita lupa nasib kita di alam barzakh dan kampung akhirat nanti..

dalam fikiran lebih banyak fikirkan camana nak jadi lebih kaya esok hari, lebih cantik esok hari, lebih diterima orang esok hari, seolah-olah kita mahu hidup lebih lama untuk menikmati dunia.. sedangkan pada masa yang sama udara yang kita hirup dan nikmati ini juga sedang dihirup oleh mereka yang sangat sengsara di sana... yang fikirkan camana nak meninggalkan dunia dengan sebaik2nya (iman di lidah dan hati)..


andaikan Allah mengasihani kita, memberikan kita amaran (sakit etc) sebelum mati maka sedikit tuah utk kita.. tapi andainya pengakhiran kita tiba2?.... jom muhasabah dan paksa diri untuk berubah kerana Allah swt dan nasib kita kelak.. WALLAHU'ALAM..















Dr. Asyraf Al-Qudrah, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, bilangan mangsa yang syahid dalam serangan zionis di Gaza telah meningkat kepada 48 orang.

Dari jumlah ini, 13 darinya adalah kanak-kanak. Manakala bilangan mangsa yang cedera melebihi 500 orang.

اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك






Jumaat, 2 November 2012

Kolagen rumpai laut sabah gred AAA warna unggu yang terbaik

assalamualaikom...sekarang ni 1 Malaysia dah femes dengan kolagen rumpai laut
sabah.

PADA YANG BERMINAT BOLEH PM SAYA ATAU HUBUNGI SAYA  .Harga rm 100 termasuk caj pos laju untuk sekilo.
kalau beli sikit 200gm rm 30 termasuk pos.(kegunaan 4,5 minggu untuk seorang makan)
Minum 2 kali sehari , pagi sebelom makan , sebaiknya dalam perut kosong dan malam sebelum tidur.
kelebihan dan kebaikan rumpai laut gred AAA ni:

Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
* Anti-bakteria, membuang TOKSIN
* Menghilangkan SEMBELIT
* Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
* MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
* Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA
* MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID
* Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM, SELULIT dan JERAWAT
* Membantu meningkatkan METABOLISME
* Memejalkkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
* Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh
* Melembutkan TUMIT KAKI merekah
* Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
*BMeningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG
* Mencegah KANSER/TUMOR
* Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK
* Mencegah ANEMIA
* Memberi Kekenyangan/DIET
* Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT
* Memberi TENAGA

siapa yang boleh makan kolagen ni?:

* Wanita dan lelaki
* Ibu mengandung – Kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk kandungan 4 bulan keatas shj).
* Ibu menyusui bayi- boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi.
* Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
* Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 3 bulan bersalin kerana ia bersifat sejuk.
Faedah & Aplikasi:

Kebanyakan Serat Terlarut berkesan untuk merendahkan paras kolesterol dan paras gula dalam darah, amat sesuai untuk mencegah penyakit jantung . Serat Terlarut juga dilihat sebagai makanan yang mempunyai fungsi baik bagi mencegah gejala metabolisma gula, amat berkesan untuk mencegah Diabetes. Manakala kesan Serat Tidak Larut lazimnya mempercepatkan pergerakan saluran penghadaman.

Cara membuat masker
================
1, Cuci muka dengan air suam 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
Lagi elok kalau diwapkan dengan wap air panas/suam

 segenggam anggaran 100gm rumpai laut gred AAA warna unggu selepas di rendam 6 jam.




Atas permintaan ramai, kolagen mentah gred AAA yg terbaik, di jual 200gm dengan harga rm 30 termasuk caj pos.




kolagen mentah rumpai laut sabah gred AAA paling terbaik , pada yang nak beli borong, di alu2kan, harga boleh di runding.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Bedak compact PIXY


bedak pixy ikshan dari pakcik Google



Sekarang ni kecoh di internet dengan fenomena bedak compact jenama Pixy yang yg di perbuat dari negara Indonesia.setelah di beritahu oleh adik saya puan zila, maka saya pon teruja jugak nak try, akhirnye saya sudah pon memilikinya..wahh..betol sperti cerita adik dan rakan2 blogger yg lain, bedak compact ni betol2 menakjubkan..kulit muka saya jadi cantik, gebu dan bekilat pula sperti memakai produk dan mekup mahal2 lak.pixy juga betindak sebagai fondation sebab tu way cake, ada dua funggsinya betindak sebagai alas bedak juga.tak perlu lagi nak pakai fondatoin ke, conceler dan bedak debu..rimassss mak...pakai pixy dah cukup, kulit betahan cantik sampai ke malam tau.ak tidur tu jangan lupa lak cuci muka.

macam saya pulak memang jenis tak suka bemekup, hanya pakai sublock atau krim siang je ketika di rumah, nak keluar pon sama, cume tepek2 sikit bedak compact avon, tapi kekadang tu bila berpeluh , compact avon tu jadi cair, peluh tu masuk mata pergghh!!..pedihhh.

sekarnag ni saya dah tolak avon tu jauh2....hahaahaa..dengan ade nya Pixy saya boleh mengunakan ketika dirumah sebab ianya ringan dan makin berpeluh bedak ni makin sebati dengan kulit kita..jadi gebus dan besinar2 sebijik macam artis indon.kekekekeeke

bedak compact Pixy boleh di dapati di Mydin, Guardian, Watson dan toko2 jamu.ada juga di jual di internet , tapi pastikan ia ORI yek.bedak ni berbau sedikit herba, saya beli di Watson dengan harga sabah/sarawak rm 16.90...murahkn? kalau bedak compact Avon pon dah rm 20 lebih tapi tak berbaloi2..

oklah samapi sini saja saya sembang2 pasal Pixy...kepada Anda yang nak mencuba boleh lah try, banyak pilihan , boleh pilih yg bersesuaian dengan kulit anda.jangan lak kulit kita yg gelap, kita guna natural white, kang jadi mcm "hantu cina lak..hehehehe


  • Oriental Yellow - kulit cerah / kuning langsat
  • Golden Beige    - kulit sedikit cerah
  • Natural White   - kulit cerah
  • Yellow Beige     - kulit kuning langsat
  • Tropical Beige   - kulit gelap(yg ni sesuai untuk c gadis saya...)
  • Natural Beige   - kulit sederhana gelap (saya guna, walaupon sederhana gelap, tapi bula dah sapu kat muka, emmmmm nampak cerah berseri je)


  • Ivory - kulit yang kemerahan kuning langsat

Isnin, 11 April 2011

NGERI…. GAMBAR PEKERJA RESTORAN MAKANAN SEGERA YANG TERJATUH DALAM KUALI PANAS.

berita terkini dari Pahang online..kecoh di kuantan pekerja jatuh dlm kuali..

jom kita bace

KUANTAN. 10 April 2011. Seorang pekerja restoren ‘fastfood’ yang sokmo menjilat jari te ditemui kaku dan garing di dalam kuali yang penuh dengan minyok panaih. Mengiket sumber-sumber yak diragui kebenorannya, pekerja tersebut tergelincir ketika sedang membawok guni tepung ‘spicy’.

Menurut polih yak bergegas ke tempat kejadian, deme te tak buleh nak buat mende dah paseinyer mangsa dah kaku.. terbungkang keraih kejung.


“Berwaspada ketika menjalankan tugas.” Itu la pesanan yak sokmo orang kabor pada mereka yak tengoh bekerja di tempat-tempat bahaya.

Sekian laporan dari keh.. Admin M kaki pedo'oh.

Ahad, 10 April 2011

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

tadi lepas dok godeh2 resepi di Fb saye nmpk 1 artikel menarik yg saya kongsi dari kak rozie Nor..mcm2 taktik baru penyamun setan berupa wajah manusia ni nk merampas harta kita..mereka mengunakn hnye sekeping kertas untuk menjayakn MISI setan ni..ok jom kita bace info ni yg saye ambil dri kak Rozie.


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA   -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.   Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.   Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.   Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!     BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN   Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.   Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.   Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Rabu, 6 April 2011

ramai nya orang Bangladesh solat jemaah

maaf yek..entri ni tak berkaitan dengan msakan.heheheheh.tengah sedap2 dok tgok2 gambar aneh seluruh dunia d blog izyan ..saye terpaku sekejap tgok sebahagian gmbar2 menarik , kemain ramainye umat islam di Bangladesh menunaikn solat jemaah mugkin solat jumaat kot berdasarkan waktu tengahri (agaknye le) kalau tak silap saya.pergHH!..kalau kat sini(area umah saye le) kemain lagi payah nak tgok ruang msjid tu penuh dengan jemaah yg menunaikn solat jumaat. org yg tinggal dkt dgn masjid pon tak pergi solat jumaat  dgn macm2 alsan, penat le, tak sihat le, nk cepat sbb ade kerja le..bejuta2 alasan di beri...ok lah mals nk bebel pnjng2 kang jadi umpat lak..tak psai2 betambah le dosa akak ni.hehehhee..jom kita layan gambar2 ni sekadar cuci mata dah bermuhasabahkn diri serta bace sikit artikel berkaitan solat berjemaah ( beramai2)

Nabi s.a.w. menyatakan bahawa solat berjemaah melebihi 25 kali nilainya dari solat bersendirian. Jika kita mengandaikan nilai solat berjemaah itu umpama memperoleh 25 mata, maka jumlah yang diperoleh seseorang dalam masa seminggu adalah 875 mata. Sementara jumlahnya dalam sebulan ialah 3500 mata. Bandingan solat sendirian hanyalah 35 mata untuk seminggu atau 150 mata sahaja untuk sebulan. Dari sudut peratus, kelebihannya adalah 2333%. Mata ini hanya perumpamaan untuk memudahkan kita memahami kedudukan solat jemaah. Sekiranya kita memindahkan kepada nilai mata wang, apakah yang boleh dibelanjakan oleh seseorang yang memperoleh RM 150 sebulan, jika dibandingkan dengan seorang yang memperoleh RM 3500 sebulan? Ini hanya gambaran solat fardu yang dilakukan secara berjemaah. Bayangkan jika ditokok tambah pula dengan amalan sunat yang lain. Jika setiap kali solat kita diberikan RM 25 seorang, mungkin ramai yang akan berbaris untuk menunaikan solat jemaah. Hakikatnya, nilai pahala adalah jauh lebih tinggi dari apa yang kita sangka, apatah lagi dengan nilai wang ringgit. Pahala adalah hak Allah SWT, kita tidak dapat menentukan pahala atau mengukurnya. Mencari pahala itu sudah baik, tetapi yang lebih baik ialah mencari reda Allah SWT yang tidak ada batasannya. Pahala sekali solat sunat fajar sahaja digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sama dengan dunia dan isi kandungannya. Dapatkah kita bayangkan pahala solat fardu secara berjemaah? Justeru, kelebihan ini tidak boleh dipandang ringan. Lantaran usia kebanyakan manusia amat singkat, kita dianjurkan mencari al-Baqiyat as-Solihat, iaitu amal yang berpanjangan dan impaknya besar kepada diri dan masyarakat. Amalan dalam kategori ini adalah solat jemaah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan al-Baqiyat as-Solihat (amal yang kekal lagi baik) adalah lebih pahalanya di sisi Tuhan mu dan lebih baik untuk diharapkan.” Al-Kahfi 18:46.(renung- renungkan ye..selamat beramal)


fuiiyoo..ade yang datang dengan keretaapi...
ada yang datang dengan sampan, perahu usang...
ramai sungguh umat islam di Bangladesh bersolat jemaah/jumaat..
ni tentu solat maghrib berjemaah..ramainye.rasa insaf bila menatap gambr2 ni.

Rabu, 16 Mac 2011

sindikit peras ugut :upah untuk tutup mulut

zaman sekarang ni macam2 cara manusia nak carik duit..ade dengan cara menipu, mencuri, pecah amanah,peras ugut, meculik dan sebagainya..yang paling sadis dan kejam tu meragut lah yang paling femes..ni yang terbaru (sumber dari metro online )
cara mudah mendapt duit dengan menjalinkan hubungan dengan orang2 kaya, profisional, dengan cara mengugut untuk menyebarkn rakaman video seks mangsa..(tu le..sape suh gataii carik penyakit le tu padan muke..hehehe)..ok saya sharekan berita tu.


KUALA LUMPUR: Memilih golongan kaya dan profesional sebagai mangsa, sindiket ‘kamera pengintip’ yang didalangi warga asing dipercayai mampu memperoleh jutaan ringgit dalam tempoh singkat selepas memerangkap mangsa mereka dengan ugutan mahu menyebarkan rakaman video seks yang dirakam tanpa pengetahuan mangsa.
Sindiket berkenaan dipercayai hanya menggunakan kamera berharga kira-kira RM50, bergiat aktif di ibu negara dengan memperdaya golongan kaya termasuk ahli perniagaan, arkitek, jurutera dan peguam hingga mereka termakan pujukan untuk menjalin hubungan walaupun sudah berkeluarga.

Seorang mangsa dikenali sebagai Vincent, 65, dari Damansara, berkata, suspek wanita warga asing berjumpa dengannya pada awal Disember lalu sebelum memberitahu dia ditipu teman lelaki.
Vincent berkata, wanita berkenaan mendakwa teman lelakinya menghabiskan wang simpanannya sebanyak RM100,000 hingga menyebabkan dia dalam kesusahan.

“Saya bersimpati dengan wanita ini bersetuju membantunya dan menjalinkan hubungan serta menjadi pasangan seks.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu baik dan melakukan hubungan seks dua kali seminggu dengan bayaran antara RM200 dan RM400 di atas perkhidmatan yang diberikan bagi setiap sesi,” katanya di sini, semalam.


tu lah..tak de penyakit carik penyakit..tak pasai2 dah kena.agak2 camna le kalau family dia tau yek?? eemmmm....susah nak cakap sebab kekadang DUIT boleh menutup kemarahan " örang2 yang tersayang" ( tak boleh komen lebih2 kang makcik kena saman .huhuhu)
jom kita bace lagi..

Menurutnya, dia terkejut apabila pada awal Mac lalu, wanita itu mengadu sudah mengandung tiga bulan dan meminta RM300,000 sebagai upah untuk menutup mulut.

Dia tidak mempercayai kata-kata wanita itu kerana setiap kali melakukan hubungan dia akan menggunakan alatan mencegah kehamilan termasuk kondom.
Saya menafikan dakwaannya dan tidak bersetuju dengan permintaan itu sebelum dia mengugut mahu menyebarkan video rakaman hubungan kami di Internet selain memberitahu ahli keluarga,” katanya yang tidak mengetahui wanita sindiket itu merakam setiap aksi mereka menggunakan kamera pengintip yang dipasang di dinding bilik.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, sindiket itu bergiat aktif sejak tahun lalu apabila pihaknya menerima lima aduan kes seumpamanya.

“Mereka memerangkap mangsa yang kaya untuk mendapatkan duit dengan merakam aksi seks menggunakan kamera mini tanpa diketahui mangsa.

“Kami minta orang ramai berhati-hati dengan sindiket ini kerana mereka akan terus mencari mangsa yang mempunyai banyak wang dan mangsa yang takut dengan ugutan berkenaan akan menyerahkan wang diminta sindiket berkenaan,” katanya.


Selasa, 15 Mac 2011

Herba untuk resdung nak hadiahkn untk c gadis , agak2 bekesan ke?


sebenarnya dah lama saya mencari2 ubat2 herba atau tradisional rawatan resdung, tadi bila terbaca kat wall kakjee fauziah abdul samad , tnampak kak jee postkn pic ni.maaf yek kak jee saye copy pic herba ni.baik lah saya namakan anak gadis saya tu c gadis ..awal2 lg c gadis dah pesan jgn bgtau nama manja dia kat blog .hehehehe..dah tau, malu le tu.sejak  usianye menjangkau 12 tahun sedikit demi sedkit dah menampakkn simptom2 terkena resdung, mula2 wajahnye d tumbuhi jerawat halus, mata merah, hidung akan berair di sebelah pagi, dan kerap kali bersin. mula2 tu saya tefikir jugak mugkin sbb perubahan hormon c gadis mengalami perubahan yg drastik..tp lama kelaman makin teruk, bukn masalah jerawat j..malah setiap hari dia kaan selesema di sebelah pagi.. macam2 petua tentang resdung c gadis telah cuba tapi hasilnya tetap sama..baru2 ni saya terbaca d blog  pakar howtow mengenai petua2 tentang resdung
antara gejala resdung


* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

tapi macm biasa lah kita orang melaysia ni kaya dengan makanan..c gadis lah tak suka bepantang, semua dia bedal tak kiralah mkanan laut, ayam, udang dan telur serta belacan ..emmm..sambal belacan lah kegemaran c gadis.lepas ni nak try lah cari ubat herba yang kakjee share kat wall..harap2 ada lah kat sabah herba ni.terima kasih kak jee dan kawan 2yang bagi tips2 resdung ni.

Anak Buah ku Arissa Dania

Arissa dania masa ni family abag ipar ku betandang ke rumah, dorang datang pon time ni dekat2 nak mahgrib, so kak ani biras saya pon minak tumpang mandi kn c comel ni..eeii..geram sungguh, sempat gak saya suruh c anak dara saya tu snapkn pic arissa yang comel dan manja.manja snagt le sebb tak nak dengan ornag, nak dengan mama dan babahnya je.tak da peluang saya nak dukung2 dan timang dia, bila je sentuh , c arissa menjerit,takut sangat lah tu tengok makciknye dah macam kingking.hehehehe

time pakaikan baju c arissa ni tak boleh duduk diam, mulutnye bising membebel, agaknye bebelkan ci kakak tu yang begadoh berebutkan basikal Eah.

ok..saya nak stop cerita dan kerenah c ariisa..c EAh ni pon dah jeles tengok mamanya aploadkn pic Arissa..jagan jeles sayang, mama ah pon upload kn pic Eah..terus dia TERsenyum manja malu2 lah tu.

Buah hati saya..E'ah..membentuk anak2 yang pintar


saja2 je nak interframe buah hati saya sorang ni. si kecik ni baru je usianya menjengah 4 tahun.keletahnya benar2 menghiburkan hati sya tatkala melihat raut wajahnya yang mulus dan bersih, segala penat lelah hilang begitu saja. dalam usia 4 tahun macam2 gaya dan karekter yang dia boleh buat, Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.
di sini saya bukan nak memuji kepintaran anak syaa hanya nak bekongsi sedikit info2  dan tips untuk mendapatkan anak pintar melalui website2 dan buku2 yang saya baca.


“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.





Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.
Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan

  .INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
  • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran

  • FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
    1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
    2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
    3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
    4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
    5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
    6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

  • bukan susah pon nak membentuk anak2 yang pintar, selain doa dan usaha kita displinkan diri, kerap membaca alQuran nur karim, Buat EAH, mama doakan dan selalu tak putus2 beharap semoga EAH menjadi anak yang solehah, beriman , betangungjawab pada ibu bapa, keluarga dan negara.Amin InsyaAllah doa mam dan abah tak pernah putus mengharapkan anak2 mama menjadi insan beguna.

Ahad, 13 Mac 2011

Dato Lee chong wei juara

Malam tadi dekat kol 3 pagi baru tido dok nemankan cik somi tengaok badminton, kalau bab sukan badminton cik somi dna anak2 ni memang fanatik, sampai sanggup bejaga bangun pagi, kalau suh solat tahajut tak sangguplah pulak..heheheh..tahniah pada dato Lee chong Wei ke atas kemenangannya menewas kan pemain terkuat CHINA  21 -18.

Hukum Meletakkan Iklan Nuffnang, Google Adsense, Advertlets & Seumpamanya

Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini.


Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).

Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.

Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.

Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.

Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :

“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut."

Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel di web Ustaz Nor Amin dan Ustaz Ismail.
(sumber dari blog ustaza nor amin)

Hukum Menampar Muka Adalah Haram

Baca tak semalam metro online?
5 pelajar perempuan mendakwa di tampar guru. ni saya ambik petikan dari metro online

PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu, semua pelajar perempuan berusia 13 tahun iaitu Cheok Lai Jun, Liew Jia Kei, Choo Je Yan, Sua Hui Yi dan Yong Poi Xia yang berlainan kelas dikatakan dipanggil oleh guru wanita berusia lingkungan 20-an.

Sejurus berkumpul di dalam sebuah kelas, pelajar sesi petang itu dikatakan diarah guru berkenaan supaya beratur dan menampar pipi kiri mereka di depan beberapa pelajar lain.
Menceritakan kejadian itu, Je Yan berkata, mereka berlima tidak menyertai pelajar lain pergi ke bengkel kemahiran hidup berikutan terlalu letih kerana menyertai program kokurikulum pada sebelah pagi.

“Kira-kira jam 4 petang itu, kami bagaimanapun tidak keluar dari kawasan sekolah dan hanya berehat di kelas. Sejam kemudian, guru yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah pada ketika itu memanggil kami dan bertanya mengapa kami tidak pergi ke bengkel.

“Kami memberitahu kerana terlalu letih namun dia tidak dapat menerima alasan itu lalu menampar muka kami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, Sew Eng berkata, beliau tidak dapat menerima tindakan guru berkenaan yang dianggap keterlaluan.

“Saya tahu dia (anak) memang bersalah tetapi mengapa guru menampar muka mereka di depan pelajar lain?Saya tidak akan mempertikaikan tindakannya jika dia merotan tangan atau anggota badan lain kurang tidak sensitif,” katanya.

Menurutnya, dia akan membuat laporan rasmi kepada Jabatan Pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran supaya guru terbabit dikenakan tindakan sewajarnya.(sumber metro online)>>


menurut dalam Islam menampar muka adalah haram.walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda :

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." - Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam Nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana;

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:

وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samada kepada isteri, anak, pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak-anak atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

lelaki dan wanita yang mempunyai banyak perbezaan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit wanita lebih halus.

4. Wanita lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. 


Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. 


Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
 

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.


malam pertama pengantin yang mengerunkan, jom baca ni

Untuk semua... 
Pada suatu masa yang ditetapkan 
Kita pasti dirisik 
Pertunangan sejak azali 

Di hujung hidup nanti 
Berlangsungnya perkahwinan dengan maut 
Hantarannya...sakit dan nazak 
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis 

Pengantin dimandikan... 
Dipakaikan baju cantik putih bersih 
Wangian gaharu dan cendana 
Keranda jadi pelamin 
Pengantin bersanding sendirian 

Diarak keliling kampung 
Berkompang azan dan kalimah kudus 
Akad nikahnya bacaan talkin 
Berwalikan liang lahad 

Saksi pula batu-batu nisan
Siraman air mawar 
Keluarga terdekat menepung tawar 
Tiba masa pengantin 
Menunggu sendirian 

Malam pertama bersama kekasih 
Di kamar bertilamkan tanah 
Dan DIA menuntut janji 
Sucikah kita tatkala berpadu 

Pernahkah taubat sepanjang hayat 
Atau terkubur bersama dosa-dosa 
Dan Dia kekasih itu 
Menetapkanmu ke syurga 
Atau melemparkan dirimu ke neraka....



KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI