Khamis, 20 Disember 2012

ASAL USUL SEJARAH RUMPAI LAUT

Sejarah rumpai laut di Malaysia bermula sejak tahun 1978 lagi di Pulau Karindingan, Semporna Sabah.

Ketika itu rumpai laut ditemui tumbuh secara semula jadi dan taburan rumpai laut tersebut telah ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Hawaii iaitu Profesor Maxwell S. Doty.

Beliau telah membawa balik sampel rumpai laut ke makmal di Amerika Syarikat untuk tujuan identifikasi dan menamakannya sebagai Kappaphycus alvarezii.

Nama tersebut adalah sempena nama seorang ahli biologi dari Filipina iaitu Vicente Alvarez.

Selepas identifikasi tersebut, rumpai laut dari jenis Kappaphycus alvarezii diperkenalkan secara meluas di Sabah dan ia mula dikomersialkan pada tahun 1989.

Rumpai laut merah/unggu

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood, industri rumpai laut telah dikenalpasti dapat memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

"Industri ini mempunyai nilai komersial berdasarkan kegunaannya sebagai bahan mentah bagi penghasilan produk farmaseutikal, kosmeseutikal dan nutraseutikal.

"Malaysia juga merupakan antara negara penyumbang kepada pengeluaran rumpai laut merah dari spesies Eucheuma dan Kappaphycus," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis pelancaran Pameran Rumpai Laut yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Tawau, Sabah baru-baru ini.

Khasiat rumpai laut sememangnya telah diketahui umum, ia kaya dengan vitamin A,C dan E serta memiliki peranan penting dalam pelbagai industri seperti makanan, tekstil, cat, perubatan dan sebagainya.

Pada tahun lalu pengeluaran rumpai ,laut ialah kira-kira 20,000 tan metrik bernilai RM60 juta.

Perusahaan tersebut kini telah menjadi sumber pendapatan kepada lebih 1,000 nelayan yang mengusahakan hampir 7,000 hektar kawasan pengkulturan rumpai laut di sekitar perairan Pantai Timur Sabah.

Daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu di Sabah merupakan kawasan yang amat sesuai untuk pengkulturan rumpai laut kerana kedudukannya di dalam kawasan Segitiga Batu Karang yang dikongsi antara Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Malah, Sabah juga merupakan antara negeri yang memiliki pesisir pantai yang luas berbanding negeri-negeri lain di negara ini iaitu seluas 47,000 kilometer.

Menurut Noh, Jabatan Perikanan telah mengenal pasti lebih daripada 80,000 hektar kawasan perairan pantai Sabah yang berpotensi untuk dimajukan dalam projek pengkulturan rumpai laut secara komersial.

"Hari ini projek pengkulturan rumpai laut telah sedia menjadi salah satu landskap pembangunan sosio-ekonomi di perairan pa
ntai Semporna.

"Kementerian Pertanian sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri sama ada begitu yakin menyambut tanggungjawab untuk menjayakan rumpai laut sebagai salah satu komoditi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya.

Namun, perusahaan rumpai laut oleh nelayan tempatan masih dilakukan secara kaedah pengkulturan tradisional dan begitu juga dengan pengendalian hasilnya.



Pengeluaran rumpai laut dijangka meningkat daripada 20 ribu tan metrik pada tahun 2010 kepada 39 ribu tan metrik pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 10 peratus setahun

Bagi mencapai sasaran 39 ribu tan metrik pada tahun 2020, Jabatan Perikanan melalui Jabatan Perikanan Negeri Sabah telah merancang pembangunan yang tersusun melalui Zon Industri Rumpai Laut Negara

Jabatan Perikanan turut bekerjasama dengan beberapa institusi penyelidikan tempatan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), SIRIM Berhad dan institusi-institusi pengajian tinggi.



Ia bertujuan menjalankan usaha kajian dan pembangunan (R&D) rumpai laut dalam pelbagai komponen rantaian nilai industri.

Antaranya, R&D bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang memberi komitmen untuk mewujudkan teknologi pengkulturan bagi merangsang pengeluaran rumpai laut dari spesies Gracilaria.

Kerjasama jabatan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula akan membangunkan dua projek iaitu Projek Penghasilan Teknologi Pembenihan spesies Eucheuma dan Kappaphycus yang berkualiti tinggi

Turut terlibat adalah SIRIM Berhad dalam enam program yang melibatkan pembangunan teknologi pengkulturan, pengendalian hasil, pemprosesan, penjenamaan dan pembungkusan.


Sesungguhnya tanpa kerjasama daripada pihak yang terlibat, pembangunan industri rumpai laut negara pasti akan bergerak perlahan.

RUMPAI LAUT GRED AA KUNING YANG DI TERNAK
Eucheuma adalah sejenis sepsis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunujukkan eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi.

Jenis-jenis Rumpai Laut

Eucheuma Cottonii dan Euchuema Spinosunm adalah dua jenis runpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan antara kedua-dua jenis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottonii tidak. Rumpai laut adalah salah satu tumbuhan yang bernilai tinggi di bawah air laut atau sungai di dunia. Ianya adalah tumbuhan yang menarik dan berlainan dari jenis-jenis tumbuhan di laut.


Rumpai laut adalah sayur laut yang mengandungi kekayaan nutrients. Kita boleh mendapatkan nutrients dalam sayuran atau rumpai laut ini. Rumpai laut telah dibuat makanan dan pelbagai guna beribu tahun dan boleh diternakkan buat masa kini. Sayur laut ini adalah sejenis rumpai yang hidup di dalam laut. Rumpai ini menhasilkan pelbagai dari bioactive compounds untuk digunakan dalam perubatan, cosmetic dan juga dalam makanan sebagai stabilizer, preservatives dan agar-agar.


Produk dari Rumpai Laut

Carrageenan adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industry seperti pharmaceutical, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati di kalangan pengusaha gigih di Malaysia, berdasarkan dari galakan dan sokongan yang diberi oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

sumber: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Projek Pengkulturan Rumpai Laut Semporna, Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI