Ahad, 16 Mac 2014

COPY PASTE DARI BLOG DRAMA RAJA ( BRADO KAPAK)





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya baru tiba disebuah lokasi di luar Kuala Lumpur.

Ada sedikit udpate saya mahu kongsikan.

1. Saya langsung TIDAK mempercayai teori-teori konspirasi berdasarkan lagu pitbull, video shakira atau movie transformers.

2. Ya, orang kapir mmg dah merancang semua ini lama... mereka mahukan kita sesat dengan segala anggapan yang bakal kita ciptakan selepas kononnya kita menemui satu teori konspirasi yg hebat berdasarkan lagu-lagu dan movie ciptaan mereka.

3. Kita akhirnya membuang masa mempercayai perkara yang sememangnya orang kafir mahukan kita berbuat begitu.

4. Saya anggap sebenarnya apa yang disusun dalam lagu pitbull serta movie transformers itu adalah KEBETULAN sahaja. Kerana kalau ditanya siapa yg buat lagu dan movie tu, dorang pun tak tau kat mana pesawat MH370 tu tengah bersembunyi.



5. Lebih parah lagi apabila ramai umat Islam fokus kesitu bagaikan ia satu penemuan hebat. Sedangkan seluruh armada yang sedang berada dilautan luas tiada masa untuk mendegar lagu pitbull dan menonton transformers utk mencari MH370.

6. Cara yang betul untuk mengetahui konspirasi MH370 adalah dengan meneliti segenap aspek data-data penting negara, data-data penting tentang isu semasa dan juga kehendak dunia global serta ancaman-ancamannya.

7. Saya juga langsung tidak setuju dengan cara ramai pihak yang sebok memparodikan bomoh negara yang beraksi lucu di KLIA baru-baru ini.

8. Tindakan itu saya lihat sebagai satu diversi untuk melupakan rakyat daripada fokus utama misi yang sedang dijalankan.

9. Saya percaya bomoh-bomoh itu bukan buat kerja kosong. Mereka disuruh untuk berbuat demikian kerana mereka sememangnya bomoh rasmi dari pihak kerajaan.

10. Siapa yang suruh? Saya tak tahu, kena tanya org gomen. Yang pasti, ramai bomoh-bomoh dan tok pawang negara juga sudah dikerah mencari dimana lokasi MH370 bersembunyi.

11. Kerana itulah saya langsung tiada masa mahu mengulas mengenai lagu pitbull - shakira, movie transformers dan juga tok bomoh 1 Malaysia yang kecoh sekarang ini.

12. Kerana, fokus utama kita bukanlah semua konspirasi yang membosankan seperti itu.

13. Fokus utama kita juga bukan untuk mengetahui adakah penumpang selamat atau tidak melainkan hendak mencari apa sebab musabab semua ini berlaku dan apa kesannya kepada kita semua terutamanya kita rakyat kelas bawahan yang langsung tidak ada akses kepada berita-berita high profile.

14. Untuk itu, berhentilah mewar-warkan konspirasi lagu pitbull - shakira, movie transformers dan juga bomoh parodi waima berita pesawat terhempas di Pulau Perak. Semua ini tidak benar.

Jadilah orang Islam yang bijak berfikir bukannya terikut-ikut apa yang majoriti rakyat lakukan. Kalau majoriti rakyat dalam negara hanya percaya dan ikut sahaja 100% apa yang 'media berautoriti' katakan, eloklah korang jadi pak turut sahaja kerana kalian telah melupakan fungsi sebenar akal yang kalian miliki.

Walaupun kalian hanya rakyat biasa, tetapi kalian masih punya hak untuk berfikir dan menyuarakan idea masing-masing asalkan idea itu bukanlah idea yang boleh menyebabkan kebodohan atau membantutkan otak orang lain daripada berfikir.

Sendiri boleh fikir, kenapa semua orang-orang yang sebok cuba mencari kebenaran disebalik MH370 ini langsung TIDAK pernah sebok-sebok ambil tahu pun pasal lagu pitbull, shakira, movie transformers dan bomoh parodi. Sendiri boleh fikir, awal-awal dulu media juga melaporkan agar kita semua percaya pada 'media berautoriti' dan sekarang semua orang sendag leka dengan 'konspirasi' yang tiada hujung pangkalnya. Media berautoriti itu jugalah yang mempromosikan bomoh parodi dan segala macam spekulasi yang dahulunya mereka katakan kepada rakyat, "Jangan sebar sepekulasi, andai tidak tau baik diam daripada berkata-kata."

Nah, hari ini kalian lihatlah.... mereka sedang menjilat ludah mereka sendiri....

Sekian dahulu.

Wassalam.

-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI