SET KERONSANG HARGA BORONG RM 70 TIDAK TERMASUK KOS POS

SET KERONSANG HARGA BORONG RM 70 TIDAK TERMASUK KOS POS
keronsang liza mutiara sabah

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI

Selasa, 12 April 2011

ceramah ustaz hadi Talha mengenai jin dan hantu..sumber dari blog toyu2

Nota ringkas ceramah :
- Hakikat Jin dan asal usulnya : Jin dalam bahasa Arab punyai 2 huruf iaitu Huruf Jim () dan Nun ( ) yang mempunyai sesuatu yang tersembunyi. Antara contoh lain yang bersangkutan dengan huruf tersebut ialah seperti Janin – yang kita tak nampak ianya , Jannah – iaitu surga dimana kita pun tak nampaknya.
- Jin adalah roh yang berakal, yang berkehendak serta bernafsu, mahkluk yang abdikan diri kepada Allah, tidak mempunyai jasad, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiatnya, boleh membentuk dirinya seperti apa yang dikehendakinya.
- Terdapat kisah dalam sejarah iatu para pembesar Quraish bermesyuarat untuk menghapuskan Nabi Muhammad s.a.w dimana syaitan pun terlibat sama dan ada didalam mesyuarat tersebut yang menyerupai seorang tua dan memberikan cadangan agar Nabi s.a.w dibunuh oleh setiap wakil puak puak yang ada.
- Hanya orang yang diganggu syaitan sahaja yang nampak akan ia dan orang orang yang normal tidaklah ia nampak.
- Orang yang mendakwa ia nampak Jin dikatogerikan sebagai orang fasik.
- Jin jin diciptakan dari api, manusia daripada tanah manakala Malaikat dari cahaya dan jin jin diciptakan lebih awal dari 2,000 tahun dari manusia.
- Antara nama nama Jin :
+ Amil* – yang duduk dalam rumah dengan manusia, maka kita hendaklah membaca kalimah Bismillah terlebih dahulu sebelum makan supaya iapun tidak sama turut makan bersama kita. Apabila kita balik kerumah dari suatu tempat, apabila masuk rumah dan tutup pinta dibacakan kalimah tersebut untuk mengelakan dari ia ikut kita masuk dan duduk bersama kita. Juga ketika hendak masuk ke tandas juga hendaklah dibacakan kalimah tersebut beserta dengan doanya untuk mengelakan dari jin jin tersebut melihat aurat aurat kita.
+ Arwa* – yang suka mengacau dan buatkan bayi menangis dan jikalau teruk akan membuatkan bayi itu jadi sawan tangis dan tarik.
- Jin yang baik adalah jin Islam dan jin yang jahat adalah kafir iaitu syaitan
- Jin pun diibaratkan seperti manusia iaitu ada yang pandai dan ada yang tak pandai. Contoh Jin yang tak pandai adalah seperti jin yang tinggal dihutan. Apabila dia merasuki seseorang yang melalui tempatnya didalam hutan dan orang itu balik kerumahnya, jin itu tidak boleh keluar. Jikalau ia keluar pun ia tak tahu hendak kemana dan ia akan masuk balik kedalam orang yang dirasukinya. Kalau hendak keluarkan, dibawanya orang itu ke tempat yang ia telah pergi itu dan diarahkan jin tersebut keluar, maka bolehlah jin itu keluar setelah ia nampak akan ahli ahlinya dan kawasan ia.
- Terdapat 3 golongan jin :
1- golongan yang boleh terbang
2- golongan yang membentukkan dirinya seperti ular atau anjing.
+ Dalam kes ini jikalau rumah kita dimasuki ular, jangan terus dipukul ular tersebut. Tanyakan terlebih dahulu adakah ianya jin ataupun haiwan ular sebanyak 3 kali. Jikalau 3 kali sudah ditanya dan ia tak keluar juga dari rumah bermakna betullah itu adalah haiwan ular. Dan boleh kita memukul ular tersebut.
+ Jikalau bermimpikan ular/anjing itu adalah mimipi syaitan dimana mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Hanya mimpi yang baik sahaja datangnya dari Allah. Jikalau dapat mimpi yang baik bangun dari tidur ucapkanlah Alhamdulillah dan jikalau mimpi yang buruk sebaik bangun ucapkanlah a’uzubillah….. dan ludah kekiri sekali. Perlulah ubahkan tempat tidur jikalau hendak tidur lagi.
3- golongan yang berpindah randah dan menetap
- Musuh Nabi s.a.w adalah syaitan manusia dan syaitan jin
- Antara tanda tanda gangguan jin :
+ susah hendak tidur
+ bermimpi yang buruk dan menakutkan
+ takut untuk tidur
+ bermimpi melihat binatang yang ganas
+ mendengar bunyi bunyi yang mengganggu sewaktu hendak tidur
+ ketawa atau menangis atau bertempik atau meraung sewaktu dalam tidur
+ berjalan sewaktu tidur
+ selalu sakit kepala
+ malas bersolat, berzikir, membaca Quran. Kalau buat pun cepat berasa mengantok
+ tidak lalau makan kerana apabila ia makan jin itu yang makan bersamanya
+ sakit perut seperti ada benda yang bergerak gerak didalamnya.
+ selalu marah marah, murung, sayu.
+ pasangan yang susah mendapat zuriat susah untuk mengandung
+ ada juga jin yang sampai hendak kahwini manusia.
- Manusia ada Qarin. Qarin Nabi s.a.w telah diIslamkan. Qarin yang lain kafir. Orang yang kuat beramal Qarinnya kecil manakala orang yang tidak kuat beramal Qarinnya besar.
Pendinding dari gangguan jin
+ banyakkan buat amalan solat, membaca Quran, berzikir, solat malam di rumah dan berbagai lagi. Tidak perlu guna tangkal/azimat
+ apabila kita berbuat amalan amalan dirumah kita, ianya akan membentuk satu cahaya dimana ianya mengelakan dari syaitan/jin memasuki rumah.
- JIn jin ini jangan dicabar. Ia akan menyahut cabaran tersebut apabila dicabar.
- Musuh jangan diminta/dicari/berjumpa. tetapi apabila dah berhadapan dengan musuh janganlah kita lari. Perlu hadapinya.
- Jin jin ini jangan dicarinya, tetapi jikalau ia mengganggu kita/kawasan kita bolehlah kita berusaha mengusirnya.
- Iblis adalah bapa kepada syaitan syaitan dan ia hidup hingga ke hari kiamat. Allah telah melaksanakan permintaan Iblis tersebut.
- Jin yang kuat ada yang datangnya dari Bermuda Triangle. Jikalau menghadapi jin jin yang kuat jika kita seorang yang melawannya dengan doa atau apa cara ianya tak mendatangkan kesan padanya. Perlu dibuat secara beramai ramai (jemaah) untuk melawannya.
Begitulah serba sedikit yang dapat saya paparkan hasil dari catatan yang sempat dibuat dari ceramah tersebut. Walau bagaimanapun anda semua diharap dapat merujukannya pada ucapan Ustaz dalam audio ceramah untuk kepastian ataupun merujuk terus kepada Ustaz atas sebarang persoalan yang ada.
Moga dengan segala apa yang kita usahakan akan diberkati Allah. Segala salah dan silap saya harap dimaafi. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan diri saya.
Assalaamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.