Ahad, 30 Jun 2013

kebaikan dan khasiat rumpai laut yang harus anda ketauhi

Rumpai laut adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di bawah permukaan laut dan terkenal dengan kandungan khasiatnya. Sejak berabad lamanya rumpai laut sudah digunakan di dalam diet harian manusia di seluruh dunia seperti di Jepun, Canada dan China. Terdapat beberapa jenis rumpai laut yang dijadikan makanan dan dikultur di beberapa kawasan di seluruh dunia seperti nori, wakame dan kappaphycus alvarezii. Kappaphycus Alvarezii (nama dagangan -eucheuma cottonii) adalah sejenis rumpai laut yang tergolong dalam kategori rumpai merah yang mengandungi banyak khasiat berguna kepada tubuh badan manusia. Negara-negara seperti Filipina, Indonesia dan Malaysia adalah antara negara-negara utama di Asia Tenggara yang mengkultur rumpai laut Kappaphycus Alvarezii. Di Malaysia, Kappaphycus Alvarezii dikultur secara besar-besaran di negeri Sabah terutamanya di Semporna, 

Kunak, Lahad Datu dan Kudat.

Rumpai laut sering dikaitkan dengan aspek kecantikan dan kesihatan tubuh badan manusia berikutan dengan kandungan khasiatnya yang sangat baik untuk tubuh badan manusia. Di Malaysia, rumpai laut sering dikaitkan dengan kolagen yang sangat penting untuk melambatkan proses penuaan pada kulit. Kolagen adalah merupakan protein semulajadi yang terkandung di dalam hampir seluruh struktur sokongan badan manusia seperti kulit, tendon (urat yang menghubungkan otot ke tulang), hati, paru-paru, arteri, kornea, tulang, saluran darah, buah pinggang dan beberapa organ dalaman yang lain. Kolagen berfungsi sebagai agen yang membantu dalam proses menegangkan kulit dan pembaharuan sel kulit dan tisu badan yang berterusan. Kolagen terbentuk daripada asid amino asas/perlu yang mengandungi tiga komponen utama iaitu glycine, lysine dan proline. Kappaphycus Alvarezii mengandungi 2.27 ± 0.32 glycine, 2.02 ± 0.09 proline dan @1.45 ± 0.48 lysine ((mg g⁻¹ berat kering) bagi setiap satunya) yg menjadi asas kepada pembentukan kolagen. Kappaphycus Alvarezii mengandungi 60.59% asid amino asas/perlu yang menjadikan rumpai laut sebagai tumbuhan yang sangat berguna dalam memastikan kolagen dalam tubuh badan manusia kekal pada keadaan asal dan juga memperkukuhkan lagi struktur kolagen dalam badan.


Selain daripada kandungan asid amino asas/perlu, rumpai laut juga mengandungi beberapa khasiat lain yang sangat berguna kepada tubuh badan manusia. Antara nutrisi yang terkandung di dalam rumpai laut adalah seperti protein, iodin, multitude fibre/ pelbagai fiber, kalsium, agen anti-oksida, beta-karotin, niacin, magnesium, potassium, zat besi, sodium, karbohidrat, fosforus, Omega-3, omega-6, vitamin A, B1, B2 dan B6. Kandungan nutrisi rumpai laut ini sangat berguna dalam mengekalkan kesihatan badan manusia. Nutrisi-nutrisi penting ini sering dikaitkan dengan kebolehan mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit berkaitan dengan sistem pencernaan, diabetes, kanser dan lain-lain.
Vitamin B6 yang terkandung di dalam rumpai laut jenis Kappaphycus Alvarezii sangat diperlukan dalam meningkatkan kadar metabolisma badan dan baik untuk sistem saraf badan manusia. Vitamin B6 juga digunakan untuk menghasilkan hemoglobin yang diperlukan untuk mengangkut oksigen dalam saluran darah. Selain daripada itu, vitamin B6 berfungsi untuk menstabilkan amaun sodium dan potassium dalam badan manusia.
Magnesium yang terkandung di dalam rumpai laut mampu mengurangkan simptom-simptom seperti keletihan dan masalah insomnia. Ia juga di perlukan oleh tubuh badan manusia bagi memastikan otot dan saraf dapat berfungsi dengan normal. Selain daripada itu magnesium juga berfungsi menguatkan struktur tulang manusia.
Manakala potassium di dalam rumpai laut membantu otot dan fungsi saraf yang baik. Ia juga mampu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, masalah jantung dan juga buah pinggang. Potasium berguna dalam mengimbangi kandungan sodium dalam badan dan membantu menstabilkan tekanan darah.
Vitamin B1 di dalam rumpai laut berfungsi menukarkan karbohidrat kepada glukos yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Vitamin B1 diperlukan untuk menghasilkan kulit, rambut, mata dan hati yang sihat. Selain daripada itu, vitamin B1 juga membantu menguatkan sistem imun badan.
Vitamin B2 di dalam Kappaphycus Alvarezii diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan menghasilkan antibodi badan, melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan masalah cataract. Vitamin B2 juga penting dalam proses pertumbuhan fetus dalam kandungan. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan keguguran kandungan. Selain daripada itu vitamin B2 juga dapat membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6 ke dalam tubuh badan manusia.
Kandungan omega-3 dalam rumpai laut sangat berguna kepada kesihatan tubuh badan manusia. Omega-3 yang terdapat di dalam rumpai laut menjadikan rumpai laut sebagai makanan rendah lemak yang sangat sihat untuk dimakan. Omega-3 juga boleh membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan artritis.
Rumpai laut mengandungi iodin yang berguna kepada tubuh badan manusia. Iodin yang terhasil daripada tumbuhan laut ini diperlukan untuk memastikan kelenjar tiroid dapat berfungsi. Iodin yang terkandung di dalam rumpai laut adalah iodin 127 (‘safe, natural dietary iodine’) yang mana iodin jenis ini dapat membantu tubuh badan manusia daripada terdedah kepada iodin radioaktif (yang selalunya terkandung dalam air paip berklorin). Iodin yang terhasil daripada tumbuhan laut ini diperlukan untuk memastikan kelenjar tiroid dapat berfungsi dengan baik. Ianya dapat membantu dalam proses sintesis hormon tiroid yang mengawal metabolisma badan manusia. Kekurangan iodin semasa mengandung boleh menyebabkan kepada berlakunya masalah-masalah seperti tekanan darah tinggi dan masalah keguguran kandungan. Pengambilan rumpai laut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dapat membekalkan iodin kepada ibu-ibu mengandung. Kandungan iodin di dalam rumpai laut merah adalah rendah berbanding dengan rumpai laut lain. Kandungan iodin dalam rumpai laut yang melalui proses ‘sun-bleached’ adalah rendah berbanding dengan proses pengeringan yang lain.



Rumpai laut adalah sumber serat yang sangat baik kepada tubuh badan manusia dan mampu membantu dalam proses penurunan berat badan dengan cara yang sihat. Serat yang terkandung di dalam rumpai laut boleh membantu melawaskan sistem pencernaan. Serat boleh larut dalam rumpai laut boleh membantu dalam mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah sindrom metabolik.


Secara amnya dapat kita simpulkan bahawa rumpai laut Kappaphycus Alvarezii mengandungi bahan-bahan utama dalam pembentukan kolagen seperti asid amino asas/perlu. Asid amino asas/perlu ini terbentuk daripada element-element seperti glycine, lysine dan proline yang menjadi asas kepada pembentukan kolagen. Kandungan nutrisi rumpai laut yang kaya dengan khasiat berguna kepada tubuh badan manusia telah menjadikan rumpai laut sebagai sejenis makanan yang diperlukan oleh setiap individu. Pengambilan rumpai laut di dalam diet seharian seseorang individu itu dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Selain daripada itu, fungsi asid amino asas/perlu di dalam rumpai laut mampu membantu mengekalkan kelembapan kulit, membina dan memperbaiki sel tisu di dalam tubuh manusia menjadikan rumpai laut sebagai makanan yang boleh membantu melambatkan proses penuaan. Rumpai laut bertindak ke atas tubuh badan manusia secara menyeluruh dan tidak tertumpu kepada pembaikan sel tisu kulit semata-mata sekaligus menjadikannya sebagai makanan tambahan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI