SET KERONSANG HARGA BORONG RM 70 TIDAK TERMASUK KOS POS

SET KERONSANG HARGA BORONG RM 70 TIDAK TERMASUK KOS POS
keronsang liza mutiara sabah

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI

Isnin, 11 Julai 2011

Panduan aicing kek dri whiping krim non diary (copy apste dir blog AKU ZACK)

Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).

Step-by-step cara mudah (bergambar) memukul fresh cream atau non-dairy whipping cream untuk tujuan hiasan kek. Selalu fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:

1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.

2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggongcangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.

3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.

4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.

5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.

6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.

7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).

8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.

9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk.

10) UPDATE 26 MAY 2011: Fresh cream kental yang dinyahbekukan kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul dengan mixer sebentar hingga kembali kental.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.