Ahad, 19 Disember 2010

kerabu pucuk ubi


nampak simple sngt kn?..nak cepat punya pasal tak sempat nak hias2 kerabu ni dgn beranika sayur2..nama pon kerabu pucuk ubi, so hnya pucuk ubi je lah.belom lg nak msukkn d pingan anak dara saya dh snap gmbar.emmm biarlah.aslkn kita dpt bkongsi sikit2 resepi kerabu simple ni pon dh ok.kerabu ni memang febret kami skuaga trutama anak dara saye "kaki kerabu sama je dgn bapaknye"

resepinya:
  • 3 kepal pucuk ubi - yang telah direbus dan dikepal (untuk buang airnya)
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan - dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • 4 helai daun cekur - dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi - kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya
  • ikan goreng d tumbuk sikit
  • udang kering yg d rendam dgn air pans 1 sudu (klu tak de tak pe)

Cara-cara

  1. Hiris pucuk ubi yang telah dikepal tadi agak kasar2 sedikit. Masukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk menggaul nanti.
  2. Masukkan sekali daun cekur,  dan bawang merah. Gaulkan.
  3. Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam,udang kering ikan goreng yug d ambil isinya dan belacan hingga lumat.
  4. Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  5. Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  6. Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam mangkuk pucuk ubi tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Siap untuk dihidangkan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI