cara mudah mendapt duit dengan menjalinkan hubungan dengan orang2 kaya, profisional, dengan cara mengugut untuk menyebarkn rakaman video seks mangsa..(tu le..sape suh gataii carik penyakit le tu padan muke..hehehe)..ok saya sharekan berita tu.
KUALA LUMPUR: Memilih golongan kaya dan profesional sebagai mangsa, sindiket ‘kamera pengintip’ yang didalangi warga asing dipercayai mampu memperoleh jutaan ringgit dalam tempoh singkat selepas memerangkap mangsa mereka dengan ugutan mahu menyebarkan rakaman video seks yang dirakam tanpa pengetahuan mangsa.
Sindiket berkenaan dipercayai hanya menggunakan kamera berharga kira-kira RM50, bergiat aktif di ibu negara dengan memperdaya golongan kaya termasuk ahli perniagaan, arkitek, jurutera dan peguam hingga mereka termakan pujukan untuk menjalin hubungan walaupun sudah berkeluarga.
Seorang mangsa dikenali sebagai Vincent, 65, dari Damansara, berkata, suspek wanita warga asing berjumpa dengannya pada awal Disember lalu sebelum memberitahu dia ditipu teman lelaki.
Vincent berkata, wanita berkenaan mendakwa teman lelakinya menghabiskan wang simpanannya sebanyak RM100,000 hingga menyebabkan dia dalam kesusahan.
“Saya bersimpati dengan wanita ini bersetuju membantunya dan menjalinkan hubungan serta menjadi pasangan seks.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu baik dan melakukan hubungan seks dua kali seminggu dengan bayaran antara RM200 dan RM400 di atas perkhidmatan yang diberikan bagi setiap sesi,” katanya di sini, semalam.
tu lah..tak de penyakit carik penyakit..tak pasai2 dah kena.agak2 camna le kalau family dia tau yek?? eemmmm....susah nak cakap sebab kekadang DUIT boleh menutup kemarahan " örang2 yang tersayang" ( tak boleh komen lebih2 kang makcik kena saman .huhuhu)
jom kita bace lagi..
Menurutnya, dia terkejut apabila pada awal Mac lalu, wanita itu mengadu sudah mengandung tiga bulan dan meminta RM300,000 sebagai upah untuk menutup mulut.
Dia tidak mempercayai kata-kata wanita itu kerana setiap kali melakukan hubungan dia akan menggunakan alatan mencegah kehamilan termasuk kondom.
Saya menafikan dakwaannya dan tidak bersetuju dengan permintaan itu sebelum dia mengugut mahu menyebarkan video rakaman hubungan kami di Internet selain memberitahu ahli keluarga,” katanya yang tidak mengetahui wanita sindiket itu merakam setiap aksi mereka menggunakan kamera pengintip yang dipasang di dinding bilik.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, sindiket itu bergiat aktif sejak tahun lalu apabila pihaknya menerima lima aduan kes seumpamanya.
“Mereka memerangkap mangsa yang kaya untuk mendapatkan duit dengan merakam aksi seks menggunakan kamera mini tanpa diketahui mangsa.
“Kami minta orang ramai berhati-hati dengan sindiket ini kerana mereka akan terus mencari mangsa yang mempunyai banyak wang dan mangsa yang takut dengan ugutan berkenaan akan menyerahkan wang diminta sindiket berkenaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.