Ahad, 19 Disember 2010

kerabu timun tomato

  • 3 ekor ikan selayang ( boleh je ape2 ikan)
  • 2 batang timun
  • tomato di hiris halus2
  • 3 ulas bawang merah besar
  • 5 biji lada hitam
  • Santan yang di oerah dgn air masak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Bakar ikan itu sehingga masak. Lepas itu, asingkan isi dengan tulangnya itu.
  2. Tumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat.
  3. Kemudian masukkan garam dan gula..( i lebihkan gula..nti manis2 skit gitu..sedap..tp mmg kena manis2 skit..tp x la manis sangat sbb dah letak lada hitam)
  4. Masukkan ikan yang telah diasingkan tulangnyer itu dan tumbuk sehingga semuanya sebati.
  5. Cincang timun semua timun itu..(macam dadu gitu)
  6. Gaulkan ikan tadi dengan timun dan tomato dan letakkan sedikit santan ( agak2 la gitu..sbb nti ia kan berair lagi..)
  7. Boleh la dihidangkan..makan saja pun boleh ngan nasi pun boleh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.