Assalamualaikom...selamat bepuasa sahabat2 dan pengunjung blog.
tahun ni kami sekeluarga menyambut 1 syawal hanya di kotakinabalu je.sedih juga x dapat besama2 meraikn dan besolat raya di kg sama2 adik beradik dan sahabat2.
Ok di 3 ramadan ni saya saja nk share pengalaman saya balik ke pahang seorang diri hanya menguna kan pengakutan awam.selama ni x penah bejalan seorang diri..mesti di temani oleh anak2 /suami @ adik2.kali ni saya nekad nak balik sorang2 dan hanya naik pengankutan awam.
Saya betolak dari airport air asia d tanjung aru jam 7.10 minit flight saya dah pon terbang d awan biru mengharungi awan2 .seawal pagi pukul 4.30 saya dah bangun..ermmm husbnd cakap cepat sangat ..tapi hati tetap risau dan kalau boleh nak cepat terbang. Padahal jarak rumah dan airport hanya 15 minit je pejalanan dari rumah.
Ok dah sampai klia2 jam 9.45 syukur alhamdulilah lega bila selamat sampai ke klia2 dgn masa yg tepat.pastu saya terus jalan cari klia ekpress..senang je tgok sign boad dari jauh dah nampak kaunter ERL. harga tiket ERL ni rm35 sehala dlm 30 minit dah sampai.harga agak mahal lah sikit tpi klu nak balik sorang ok lah..klu balik ngan family bagus naik bus.naik bus guna bus SKY BUS milik air asia hanya rm10 je sehala.kena turun ke aras L bangunan paling depan . Kt situ banyak kaunter2 jual tiket bus, ada kaunter kereta sewa.
Saya betolak dari klia2 naik ERL jam 10.30..sampai d KL SENTRAL dalam pukul 11. Pastu dari KL SENTRAL saya naik monorail nak pi ke titiwangsa ( pekeliling). Ok klu nk naik monorail ..kita tepaksa pi bangunan ke 3..sebelah bangunan NU SENTRAL .tapi klu nak ikut dalam bangunan KL SENTRAL kena naik tangga begerak tu seperti dalam gambar ni dan terus menuju ke NU SENTRAL. Pastu turun lagi ikut tangga begerak turun ke stesen monorail pastu jumpa lah kaunter tiket.tambang dari KL SENTRAL ke TITIWANGSA( PEKELILING) hanya rm 2.50. Saya betolak dari naik monorail pukul 10 .50 sampai ke TITIWANGSA( PEKELILING) dalam pukul 11.20 minit. Alhamdulilah..turun je dari tangga dah nampak bus temerloh BULAN RESTU. Terus saya beli tiket ke temerloh rm 11 .30sen je. Bus temerloh begerak pukul 11.30 dan sampai ke terminal bus temerloh pukul 1.18 minit.mgkin jalan x jem..pejalanan kami anggaran 2 jam dari pekeliling ke temerloh
Ok..nanti minggu depan saya share pulak pengalaman saya balik ke sabah mengunakn pengakutan awam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.