Jumaat, 4 Julai 2014

kes keracunan makanan

 Hari ni buka je fb..penuh wall kolagen rumpai mutiara sabah saya ni dengan status dan share dari  rakan2 mengenai kes lanjutan pasal keracunan makanan di bazar ramadhan.x silap saya di bazar serimuda shah alam tempat adik saya .  Saya x boleh nak komen apa2 selagi tak tau kisah sebenar.  Kekadang ada juga peniaga yg ikhlas meniaga serya utama kan kebersihan..ada juga semata2 nak meraih keutungan tanpa peduli pasal kebersihan.  Bagibl saya hanya sesekali je pergi menjengah di bazar ramadhan ..tu pon hanya beli makanan panas.kalau kuih2 ni jarang lah nak beli sbb anak2 hanya suka kuih goreng pisang dan karipap je hihihijom kita baca info terkini mengenai kes keracunan tu yg saya ambil dari page PEN MERAH

Peniaga Roti John Mohon Maaf, Turut Alami Keracunan “Selepas berita mengenai kejadian yang menimpa anak saya disiarkan Harian Metro dan tersebar di Facebook, peniaga roti John terbabit ada menghubungi saya semalam (kelmarin) dan melahirkan kekesalan serta memohon maaf atas apa yang berlaku.“Peniaga terbabit benar-benar menyesal dengan apa yang berlaku kerana beliau juga turut mengalami sakit perut. Dengan permohonan maaf yang dibuat peniaga terbabit dan dengan kemuliaan Ramadan ini, saya membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40.Hamdan adalah bapa kepada empat beradik Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4, yang terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah roti John yang dibeli di bazar Ramadan Taman Sri Muda, di sini, Ahad lalu.Beliau berkata, keputusannya itu turut dipengaruhi keadaan anak ketiganya Muhammad Qayyim yang semakin pulih walaupun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAR.“Muhammad Qayyim sudah sedar dan menunjukkan tindak balas ketika namanya dipanggil, pagi tadi (semalam) dan ini satu petanda positif walaupun doktor ada memaklumkan jangkitan kuman akibat keracunan itu boleh menyebabkan jangkitan pada otak,” katanya.Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu siasatan menyeluruh dijalankan pihaknya kerana perkara yang berlaku adalah serius.Menurutnya, jenis kuman yang terdapat dalam roti John yang didakwa menjadi punca empat beradik keracunan makanan Selasa lalu akan dikenal pasti terlebih dulu.Katanya, bagi memastikan perkara sama tidak berulang, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan di bazar Ramadan untuk memantau tahap kebersihan premis yang menjual makanan serta minuman.“Kami memandang serius kejadian ini dan berharap perkara sama tidak akan berulang.“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar memberikan perhatian kepada tahap kebersihan gerai makanan kerana bimbang kualiti makanan juga terjejas,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Sharin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Selangor terlebih dulu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.