Ahad, 3 Jun 2012

Puff daging

hari ni saya sharekn resepi puff daging hasil pembelajaran dri website my resepi..resepi asal ni oleh KAK FIDA.terima kasih kak Fida kerana sudi share resepi ni di page MY RESEPI..jom kita tengok apa bahan2nya .

di sini saya serta kan gambar dri PUFF kak fida ye sbb saya tak sempat nak ambil gambar step by step..


  • Bahan-bahan ( 25-30 keping penerap saiz 10cm bulat )

    • PUFF PASTRY :-
    • 450 g tepung gandum - diayak
    • 60 g mentega
    • 240 ml air sejuk - dr peti ais
    • 1/2 sk garam
    • 1/2 sk jus lemon
    • 240 g pastry margarine
    • Bahan2 Inti :-
    • 450 g daging cincang - dicuci dan tos
    • 3 ulas bawang putih kisar
    • 2 hiris halia kisar
    • 4 sb rempah kari
    • 2 labu bawang besar - didadu
    • garam secukup rasa
    • sedikit minyak masak - utk menumis

    Cara-cara

    1. Curry_puff_lapis_inti
       Panaskan minyak dan tumis bawang putih,halia kisar dan masukkan daging cincang dan gaul rata.Masukkan rempah dan bawang besar dan masak hingga hampir kering dan masukkan garam secukup rasa.Masak lagi hingga kering dan sejukkan.
    2. Curry_puff_d_adun
       Dalam mangkuk pengadun,masukkan semua bahan kecuali pastry margarine dan uli hingga doh tk melekat pd mangkuk.
    3. Curry_puff_d_canai_1
       Canai doh hingga panjang dan melebar hingga lebih kurang 14x8 in persegi.Bubuh 1/3 bahagian pastry margarine di tengah doh.
    4. Curry_puff_d_canai_3
       Lipat bahagian kiri dan kanan doh menutupi pastry margarine tadi dan canai panjang dan lebar lagi seperti yg mula.Ulang lagi seperti cara2 step 3 hingga pastry margarine habis.
    5. Untuk mendapatkan lapisan yg banyak pd karipap,ulang mencanai dan melipat doh lagi tanpa pastry margarine sebanyak 2-3 kali lagi.
    6. Curry_puff_d_terap
       Akhir sekali,canai doh lebar dan nipis dan terap dengan penerap pastry.
    7. Curry_puff_d_isi_inti
       Isi inti dan sapu sedikit putih telur pd keliling doh dan lipat dua seperti karipap biase dan tekan kemas2.
    8. Curry_puff_lapis_d_sapu_telur
       Buat hingga habis,susun atas loyang pembakar dan sapu kuning telur atas karipap.
    9. Curry_puff_d_bkr
       Bakar hingga karipap kuning keemasan atau garing pd suhu 180C selama 20 min atau ikut kepanasan oven masing2.
    10. (inilah step by step puff daging hasil kak FIDA) yang di bawah pulak boleh cuci mata hasil saya sendiri..alhamdulilah menjadi jugak buat walaupon kali pertama hasil perkongsian resepi dri kak Fida.
    ni saya guna mayonis je..malas lak nak beli daging.
    bakar guna lapis tutup periuk je..ok lah tu kan , yang penting BERJAYAA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI