Assalamualaikom..blog ni di cipta tujuan asal untuk bekongsi resepi2.Alhamdulilah ramai pulak pengunjung masuk ke "teratak" usang saya . Sambil2 bekongsi resepi tu saya try2 bejinak2 bisnes on9 kecil-kecilan.antara barangan yg saya produk kecantikan dan perhiasan mutiara Sabah yg saya buat sendiri.pada pengunjung2 kalau bekenan boleh lah pm saya di fb "Liza mutiara sabah" @ Instagram Liza_mutiarasabah @ whatsupp 019-8013761. Untuk tgok2 design terbaru boleh whatsupp saya ye.terima kasih
Rabu, 29 Disember 2010
mie kari
bahannya:
Sebungkus mi kuning, dicelur dan tos.
Isi ayam setengah mangkuk potong kecil
Isi kerang rebus setengah mangkuk
Setengah bungkus (besar) serbuk kari BABA's
Santan setengah pekat 5 cawan atau lebih ikut suka
Sebiji kentang (buang kulit) dan direbus hingga empuk
sedikit air asam jawa
tauhu cina yang siap goreng (yg mcm span tu) dipotong dua
fish ball dan fish cake dipotong2
UNTUK HIASAN DAN SAMPINGAN
Tauhu digoreng dengan garam dan kunyit, dipotong dadu
bawang goreng, cili potong, limau kasturi belah dua, sawi dan taugeh dicelur
jangan lupa garam dan ajinimoto jika suka
minyak masak untuk tumisan
Bahan tumisan:
5 biji bawang putih, 5 biji bawang merah kecil, 2 inci halia ditumbuk lumat
2 tangkai daun kari
nak lg sedap lecekkn ubi keledek yg d rebus dlm 2 biji..pastu masukkn dlm kari ..rasa pekat dn manis kari tu
Cara-cara
Celurkan mi dalam air mendidih dan tos, asingkan.
Untuk kuahnya: Sediakan periuk yang sederhana besar, panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang putih, bwg merah dan halia dan daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah kari. Tumis hingga naik minyak.
Masukkan isi ayam yang sudah dibersihkan. Gaul dan biar seketika.
Masukkan santan, air asam jawa, kacau sebati. Biarkan mendidih.
Sementara menunggu kuah mendidih, kentang yang sudah rebus di tambah sedikit air panas dan dihancurkan hingga lumat. Masukkan ke dalam kuah yang sudah mendidih.
Masukkan kerang, fish ball, fish cake, garam dan perasa dan biar sekejap. Akhir sekali masukkan tauhu goreng tadi.
Hidangkan dengan tahu goreng, bawang goreng, sawi dan taugeh. Selamat mencuba!
***Anda juga boleh mengubah mana2 kandungan mengikut kesesuaian selera anda dan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
setiap pertanyaan boleh whatssup atau sms saya 019-8013761 terima kasih
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.