Jumaat, 22 April 2011

mengapa wanita sangat istimewa? jom baca ..petikan artikel copy paste dri FB

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA...
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. .. bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle.. dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ... ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah.... So?....apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu... Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari... HIDUP UNTUK 
KAUM HAWA!!


!

apam gula hangus dah jdi mcm cup cake .belajr deco mendeco dgn nozzle baru

Apam gula Hangus yg tak berapa hanggus


sebenarnye buat apam gula hngus yg tak berapa hangus tu cadnag nye nk wat stail cm cup cake..lepas tu trus deco2 dgn nozzle yg baru saya beli dgn kak isma ismail.resepi ni saye ambil d my resepi tp tak ingt apa namenya..menag cntik dn gebus...dh lama resepi ni ada dlm simpanan saye.jom kita skodeng resepi ni
bahannya:
1 cwan gula pasir di hnguskn
pastu tmbahkn 1 cwan air panas(hati2 nanti tepercik..dah sebati bru padamkn api dn sejukkn)

1 sudu teh soda bikhabinat*
1 sudu teh baking powdr*
2 cwan tpong *
semua bahn betanda * ni di ayak 2x yek spaya teksturnye lagi haluss gebuss

1 sudu teh ovallate*
3 biji telur*
1 cwan gula di blender halus*
(semua bahan betanda * ni d mixer 6 minit sampai gebus dn kembang )

caranya:
panaskn dulu air kukusan,pastu sapukn loyang ke, acuan ke dgn minyak ckit yek spaya tak melekat.lagi cntik klu gune papercup..naik gebusss pastu leh lah wat stail cup cake..

Camporkn bahan yg di mixer tadi dgn gula hangus, lepas tu cmporkn dgn tpong gandum sedikit demi sedikit dan mixer sebati dn kembang yek.pastu tuang dlm loyang /acuan apam /paper cup ..klu gune loyang kukus dlm 40 minit api sederhana.klu guna acuan atau papercup..kukus 6 minit je dh ckop.seeloknye balut tutup kukus tu dgn kain spaya air kukusan tu tak menitis dn akan buatkn pemukaan apam tu tak come.
selamat mencuba

Selasa, 19 April 2011

Sukatan untuk bahan-bahan dari cup/cawan ke gram/liter. Sebagai panduan.

Sukatan untuk bahan-bahan dari cup/cawan ke gram/liter. Sebagai panduan. (info dari Wahidatul zainol Ariffin KR)

Tepung 
1/4 cup = 30gm 
1/2 cup = 60gm 
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

Sabtu, 16 April 2011

wanita di mata lelaki..copy paste dri jelina Tajul AZMAN KWN fB.

Wanita dimata seorang Lelaki

Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke p...intu rumah lagi Clelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku "awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..... NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI" Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki... "Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... "Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....." Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!! Kau Isteri Ku.... Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde katrumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!Lihat seterusnya..
Oleh: I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW

Selasa, 12 April 2011

ceramah ustaz hadi Talha mengenai jin dan hantu..sumber dari blog toyu2

Nota ringkas ceramah :
- Hakikat Jin dan asal usulnya : Jin dalam bahasa Arab punyai 2 huruf iaitu Huruf Jim () dan Nun ( ) yang mempunyai sesuatu yang tersembunyi. Antara contoh lain yang bersangkutan dengan huruf tersebut ialah seperti Janin – yang kita tak nampak ianya , Jannah – iaitu surga dimana kita pun tak nampaknya.
- Jin adalah roh yang berakal, yang berkehendak serta bernafsu, mahkluk yang abdikan diri kepada Allah, tidak mempunyai jasad, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiatnya, boleh membentuk dirinya seperti apa yang dikehendakinya.
- Terdapat kisah dalam sejarah iatu para pembesar Quraish bermesyuarat untuk menghapuskan Nabi Muhammad s.a.w dimana syaitan pun terlibat sama dan ada didalam mesyuarat tersebut yang menyerupai seorang tua dan memberikan cadangan agar Nabi s.a.w dibunuh oleh setiap wakil puak puak yang ada.
- Hanya orang yang diganggu syaitan sahaja yang nampak akan ia dan orang orang yang normal tidaklah ia nampak.
- Orang yang mendakwa ia nampak Jin dikatogerikan sebagai orang fasik.
- Jin jin diciptakan dari api, manusia daripada tanah manakala Malaikat dari cahaya dan jin jin diciptakan lebih awal dari 2,000 tahun dari manusia.
- Antara nama nama Jin :
+ Amil* – yang duduk dalam rumah dengan manusia, maka kita hendaklah membaca kalimah Bismillah terlebih dahulu sebelum makan supaya iapun tidak sama turut makan bersama kita. Apabila kita balik kerumah dari suatu tempat, apabila masuk rumah dan tutup pinta dibacakan kalimah tersebut untuk mengelakan dari ia ikut kita masuk dan duduk bersama kita. Juga ketika hendak masuk ke tandas juga hendaklah dibacakan kalimah tersebut beserta dengan doanya untuk mengelakan dari jin jin tersebut melihat aurat aurat kita.
+ Arwa* – yang suka mengacau dan buatkan bayi menangis dan jikalau teruk akan membuatkan bayi itu jadi sawan tangis dan tarik.
- Jin yang baik adalah jin Islam dan jin yang jahat adalah kafir iaitu syaitan
- Jin pun diibaratkan seperti manusia iaitu ada yang pandai dan ada yang tak pandai. Contoh Jin yang tak pandai adalah seperti jin yang tinggal dihutan. Apabila dia merasuki seseorang yang melalui tempatnya didalam hutan dan orang itu balik kerumahnya, jin itu tidak boleh keluar. Jikalau ia keluar pun ia tak tahu hendak kemana dan ia akan masuk balik kedalam orang yang dirasukinya. Kalau hendak keluarkan, dibawanya orang itu ke tempat yang ia telah pergi itu dan diarahkan jin tersebut keluar, maka bolehlah jin itu keluar setelah ia nampak akan ahli ahlinya dan kawasan ia.
- Terdapat 3 golongan jin :
1- golongan yang boleh terbang
2- golongan yang membentukkan dirinya seperti ular atau anjing.
+ Dalam kes ini jikalau rumah kita dimasuki ular, jangan terus dipukul ular tersebut. Tanyakan terlebih dahulu adakah ianya jin ataupun haiwan ular sebanyak 3 kali. Jikalau 3 kali sudah ditanya dan ia tak keluar juga dari rumah bermakna betullah itu adalah haiwan ular. Dan boleh kita memukul ular tersebut.
+ Jikalau bermimpikan ular/anjing itu adalah mimipi syaitan dimana mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Hanya mimpi yang baik sahaja datangnya dari Allah. Jikalau dapat mimpi yang baik bangun dari tidur ucapkanlah Alhamdulillah dan jikalau mimpi yang buruk sebaik bangun ucapkanlah a’uzubillah….. dan ludah kekiri sekali. Perlulah ubahkan tempat tidur jikalau hendak tidur lagi.
3- golongan yang berpindah randah dan menetap
- Musuh Nabi s.a.w adalah syaitan manusia dan syaitan jin
- Antara tanda tanda gangguan jin :
+ susah hendak tidur
+ bermimpi yang buruk dan menakutkan
+ takut untuk tidur
+ bermimpi melihat binatang yang ganas
+ mendengar bunyi bunyi yang mengganggu sewaktu hendak tidur
+ ketawa atau menangis atau bertempik atau meraung sewaktu dalam tidur
+ berjalan sewaktu tidur
+ selalu sakit kepala
+ malas bersolat, berzikir, membaca Quran. Kalau buat pun cepat berasa mengantok
+ tidak lalau makan kerana apabila ia makan jin itu yang makan bersamanya
+ sakit perut seperti ada benda yang bergerak gerak didalamnya.
+ selalu marah marah, murung, sayu.
+ pasangan yang susah mendapat zuriat susah untuk mengandung
+ ada juga jin yang sampai hendak kahwini manusia.
- Manusia ada Qarin. Qarin Nabi s.a.w telah diIslamkan. Qarin yang lain kafir. Orang yang kuat beramal Qarinnya kecil manakala orang yang tidak kuat beramal Qarinnya besar.
Pendinding dari gangguan jin
+ banyakkan buat amalan solat, membaca Quran, berzikir, solat malam di rumah dan berbagai lagi. Tidak perlu guna tangkal/azimat
+ apabila kita berbuat amalan amalan dirumah kita, ianya akan membentuk satu cahaya dimana ianya mengelakan dari syaitan/jin memasuki rumah.
- JIn jin ini jangan dicabar. Ia akan menyahut cabaran tersebut apabila dicabar.
- Musuh jangan diminta/dicari/berjumpa. tetapi apabila dah berhadapan dengan musuh janganlah kita lari. Perlu hadapinya.
- Jin jin ini jangan dicarinya, tetapi jikalau ia mengganggu kita/kawasan kita bolehlah kita berusaha mengusirnya.
- Iblis adalah bapa kepada syaitan syaitan dan ia hidup hingga ke hari kiamat. Allah telah melaksanakan permintaan Iblis tersebut.
- Jin yang kuat ada yang datangnya dari Bermuda Triangle. Jikalau menghadapi jin jin yang kuat jika kita seorang yang melawannya dengan doa atau apa cara ianya tak mendatangkan kesan padanya. Perlu dibuat secara beramai ramai (jemaah) untuk melawannya.
Begitulah serba sedikit yang dapat saya paparkan hasil dari catatan yang sempat dibuat dari ceramah tersebut. Walau bagaimanapun anda semua diharap dapat merujukannya pada ucapan Ustaz dalam audio ceramah untuk kepastian ataupun merujuk terus kepada Ustaz atas sebarang persoalan yang ada.
Moga dengan segala apa yang kita usahakan akan diberkati Allah. Segala salah dan silap saya harap dimaafi. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan diri saya.
Assalaamualaikum.

puding gula hangus lagiii...guna susu pekat manis


puding gula hangus

bahannya:
4 sudu gula pasir di masak dlm kuali gune api kecik dan biarkn dia hangus.pastu tambahkn 2 sudu besar air supaya gula hangus tu tak mengeras nanti melekat kt acuan)

3 cwan air
1 bungkus agar2 bertali harga seringggit
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu esen vanila
pewarna merah(nak letak pewarne ape2 pon boleh ikut suka je)
3 sudu tepung kastad(kalau tak letak pon tak pe)
1/2 cwan gula pasir (ikut suka lah nak letak banyak mana pon boleh )
caranya:

masak agar2 dgn air3 cwan, pastu letak susu, gula pasir, tpong akstad dan esen vanila..masak smpai mendidih.lepas tu tapis( kalau malas nak tapis pon tak pe)
matikan api..pastu buat lah gula hangus.dah siap ..masukkn gula hangus dalm acuan/loyang..sapu dgn belakng sudu di sekeliling loyang.pastu masukkn agar2 tadi pelan2 dan sejukkn..masukkn dlm peti ais , pastu boleh le terbalikkn.siap untuk di makan sejuk2.

nasi ayam penyet resepi asal dari AZie Mazidah

hari ni masak nasi Ayam Penyek hasil resepi dari puan Azie Mazidah...sedap sngat tirma ksih azie sudi bg resepi ..pgi2 saye dh g paso beli ayam, tempe dan tauhu. ni resepi saya copy paste dri Azie Mazidah
NASI AYAM PENYET~
AYAM
1/2 EKOR AYAM(saya guna paha)
1/2 SDU MKN JINTAN MANIS,PUTIH,KETUMBAR,LADA PUTIH (SANGAN SKJAP N TUMBUK/BLEND HALUS) BWNG PUTIH,HALIA N KECIL - TUMBUK HALUS JUGA PRAP DGN AYAM TD + SERBUK KUNYIT,KARI , GARAM 1 SDU MKN TPUNG BERAS - GORENG GARING KMUDIAN PENYETKAN DGN ALU LESUNG ( BALUT NGN PLASTIK DLU) :)

NASI(saya guan nasik putih tadi )
BWANG BESAR,PUTIH,HALIA - HIRIS
TUMIS DGN 2 SDU MKN PLANTA N DAUN PANDAN MASUKKN DLM NASI..+ GRAM..MASAK CAM BIASA.. KLO SUKA BLEH + STOK AYAM..

SAMBAL
2 BJI TOMATO ( DADU BESAR)
4 ULAS BWG KECIL ( BLAH 2)
2 ULAS BWG PUTIH (BLAH 2)
7 BJI CLI BESAR ( POTONG KASAR)
10 BJI CLI API ( IKUT SUKA PDAS)
BELACAN BSAR IBU JARI
SEGENGAM IKAN BILIS DGORENG GARING

TUMIS SEMUA BHN DIATAS DGN SDKIT MINYAK HINGGA WANGI- SEJUKKN DLU BLEND/TUMBUK BERSAM IKAN BILIS TD..MASK SBNTAR + GLA MERAH N GRAM - SESUAIKAN RASA.. 

BHN SAMPINGAN
TAHU N TEMPE GORENG
CELUP TAHU TEMPE NGN TELUR N GOLEKKN PD TEPUNG GORENG AYAM ADABI..SDAP..!(yang ni paling sedap..siap meratah mkn smbil tgok tv)
TIMUN / KACANG PANJANG(tak letak )
KUAH SUP.(buat sup gune kuib pati ayam magiie je).

Isnin, 11 April 2011

NGERI…. GAMBAR PEKERJA RESTORAN MAKANAN SEGERA YANG TERJATUH DALAM KUALI PANAS.

berita terkini dari Pahang online..kecoh di kuantan pekerja jatuh dlm kuali..

jom kita bace

KUANTAN. 10 April 2011. Seorang pekerja restoren ‘fastfood’ yang sokmo menjilat jari te ditemui kaku dan garing di dalam kuali yang penuh dengan minyok panaih. Mengiket sumber-sumber yak diragui kebenorannya, pekerja tersebut tergelincir ketika sedang membawok guni tepung ‘spicy’.

Menurut polih yak bergegas ke tempat kejadian, deme te tak buleh nak buat mende dah paseinyer mangsa dah kaku.. terbungkang keraih kejung.


“Berwaspada ketika menjalankan tugas.” Itu la pesanan yak sokmo orang kabor pada mereka yak tengoh bekerja di tempat-tempat bahaya.

Sekian laporan dari keh.. Admin M kaki pedo'oh.

puding coklat pandan resepi dari IBU AIDA Han dn Zaharah Omar

bahan2nya:

1/2 cawan serbuk koko(saya letak 6 sudu je)
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam(saya tak letak)
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla(saye letak perasa pandan)
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Sidikit perasa pandan dan pewarna hijau

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

tips : puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
Terima kasih ZAHARAH OMAR 

Puding gula hangus tanpa telur resepi Mastura Che Ra

hari ni tetiba je rasa nk makn puding, nasib baik ade stok agar2 serbuk dapt le buat puding..lagi2 tgh2 panas ni sedapnye mkn puding time sejuk2..bila di telan terasa sungguh ke enakkn puding dn gula hngus tu..tp kali ni saye cube resepi mastura kawan Fb saye..dulu ade lah buat puding yg hnye gunakn telur dn susu cair.tpi anak2 pulak tak suka makan sbb bau telur.bila dapat resepi mastura teruja nk mencuba..harap anak2 suka lah..lepas anak2 balik skolah , saye hidangkn puding ..anak2 ckp..x nk le makn ade telur..saye cakap yg ni lain..cube dulu ..bila dh masuk ke tekak dorang ..kemain lgi dorang kejekn puding ni..hahahaha..tu lah belom mkn tak le tau ape rasanye..puding gula hngus ni macm2 versi kita boleh buat..ade yg letak telur dn kukus je..ade yg guna agar2/serbuk agar2....ok jom kita tengok resepinye..mudah dn sennag je

bahan2nya:
1 1/2 senduk gula pasir)...dimasak untuk dijadikan gula hangus...kemudian ketepikan...tuangkn dlm loyang atau acuan 

...10gm agar2 serbuk
4 cwn air
2 1/2 senduk gula
1 tin susu cair
2 sudu bsr tpg kastard
1 sudu kecil esen vanila

cara2nya:
masak serbuk agar2 bersama 4 cwn air dan gula...dibekas yg lain campurkan susu cair,tpg kastard dan esen vanila...kacau hingga sebati...kemudian ditapis dan masukkan kedlm periuk agar2 td...masak hingga adunan agak memekat sedikit....kemudian boleh dituang kedlm loyang gula hangus td...sejukkan dahulu dan boleh disimpan kedlm peti ais.

Ahad, 10 April 2011

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

tadi lepas dok godeh2 resepi di Fb saye nmpk 1 artikel menarik yg saya kongsi dari kak rozie Nor..mcm2 taktik baru penyamun setan berupa wajah manusia ni nk merampas harta kita..mereka mengunakn hnye sekeping kertas untuk menjayakn MISI setan ni..ok jom kita bace info ni yg saye ambil dri kak Rozie.


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA   -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.   Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.   Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.   Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!     BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN   Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.   Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.   Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Rabu, 6 April 2011

ramai nya orang Bangladesh solat jemaah

maaf yek..entri ni tak berkaitan dengan msakan.heheheheh.tengah sedap2 dok tgok2 gambar aneh seluruh dunia d blog izyan ..saye terpaku sekejap tgok sebahagian gmbar2 menarik , kemain ramainye umat islam di Bangladesh menunaikn solat jemaah mugkin solat jumaat kot berdasarkan waktu tengahri (agaknye le) kalau tak silap saya.pergHH!..kalau kat sini(area umah saye le) kemain lagi payah nak tgok ruang msjid tu penuh dengan jemaah yg menunaikn solat jumaat. org yg tinggal dkt dgn masjid pon tak pergi solat jumaat  dgn macm2 alsan, penat le, tak sihat le, nk cepat sbb ade kerja le..bejuta2 alasan di beri...ok lah mals nk bebel pnjng2 kang jadi umpat lak..tak psai2 betambah le dosa akak ni.hehehhee..jom kita layan gambar2 ni sekadar cuci mata dah bermuhasabahkn diri serta bace sikit artikel berkaitan solat berjemaah ( beramai2)

Nabi s.a.w. menyatakan bahawa solat berjemaah melebihi 25 kali nilainya dari solat bersendirian. Jika kita mengandaikan nilai solat berjemaah itu umpama memperoleh 25 mata, maka jumlah yang diperoleh seseorang dalam masa seminggu adalah 875 mata. Sementara jumlahnya dalam sebulan ialah 3500 mata. Bandingan solat sendirian hanyalah 35 mata untuk seminggu atau 150 mata sahaja untuk sebulan. Dari sudut peratus, kelebihannya adalah 2333%. Mata ini hanya perumpamaan untuk memudahkan kita memahami kedudukan solat jemaah. Sekiranya kita memindahkan kepada nilai mata wang, apakah yang boleh dibelanjakan oleh seseorang yang memperoleh RM 150 sebulan, jika dibandingkan dengan seorang yang memperoleh RM 3500 sebulan? Ini hanya gambaran solat fardu yang dilakukan secara berjemaah. Bayangkan jika ditokok tambah pula dengan amalan sunat yang lain. Jika setiap kali solat kita diberikan RM 25 seorang, mungkin ramai yang akan berbaris untuk menunaikan solat jemaah. Hakikatnya, nilai pahala adalah jauh lebih tinggi dari apa yang kita sangka, apatah lagi dengan nilai wang ringgit. Pahala adalah hak Allah SWT, kita tidak dapat menentukan pahala atau mengukurnya. Mencari pahala itu sudah baik, tetapi yang lebih baik ialah mencari reda Allah SWT yang tidak ada batasannya. Pahala sekali solat sunat fajar sahaja digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sama dengan dunia dan isi kandungannya. Dapatkah kita bayangkan pahala solat fardu secara berjemaah? Justeru, kelebihan ini tidak boleh dipandang ringan. Lantaran usia kebanyakan manusia amat singkat, kita dianjurkan mencari al-Baqiyat as-Solihat, iaitu amal yang berpanjangan dan impaknya besar kepada diri dan masyarakat. Amalan dalam kategori ini adalah solat jemaah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan al-Baqiyat as-Solihat (amal yang kekal lagi baik) adalah lebih pahalanya di sisi Tuhan mu dan lebih baik untuk diharapkan.” Al-Kahfi 18:46.(renung- renungkan ye..selamat beramal)


fuiiyoo..ade yang datang dengan keretaapi...
ada yang datang dengan sampan, perahu usang...
ramai sungguh umat islam di Bangladesh bersolat jemaah/jumaat..
ni tentu solat maghrib berjemaah..ramainye.rasa insaf bila menatap gambr2 ni.

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI