Rabu, 29 Disember 2010

pulut pagi/pulut manis resepi dri Husnizah tahok kwn KR

Pulut Manis/ pulut manis

Bahan-bahan;

1/2 kg beras pulut direndam
5 keping manisan di masak pekat
1 biji kelapa parut (putih)
garam secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Kukus beras pulut sehingga separuh masak.
2. Kemudian gaulkan pulut dengan manisan hingga sekata lalu dikukus semula sehingga masak.
3. Kelapa parut kemudiannya digaul bersama sedikit garam.
4. Pulut manis sedia dimakan bersama kelapa.

emm...menu tengahri msa anak buah datang

lauk pauk masa anak buah datang

mie kari


bahannya:
Sebungkus mi kuning, dicelur dan tos.
Isi ayam setengah mangkuk potong kecil
Isi kerang rebus setengah mangkuk
Setengah bungkus (besar) serbuk kari BABA's
Santan setengah pekat 5 cawan atau lebih ikut suka
Sebiji kentang (buang kulit) dan direbus hingga empuk
sedikit air asam jawa
tauhu cina yang siap goreng (yg mcm span tu) dipotong dua
fish ball dan fish cake dipotong2
UNTUK HIASAN DAN SAMPINGAN
Tauhu digoreng dengan garam dan kunyit, dipotong dadu
bawang goreng, cili potong, limau kasturi belah dua, sawi dan taugeh dicelur
jangan lupa garam dan ajinimoto jika suka
minyak masak untuk tumisan
Bahan tumisan:
5 biji bawang putih, 5 biji bawang merah kecil, 2 inci halia ditumbuk lumat
2 tangkai daun kari
nak lg sedap lecekkn ubi keledek yg d rebus dlm 2 biji..pastu masukkn dlm kari ..rasa pekat dn manis kari tu
Cara-cara

Celurkan mi dalam air mendidih dan tos, asingkan.
Untuk kuahnya: Sediakan periuk yang sederhana besar, panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang putih, bwg merah dan halia dan daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah kari. Tumis hingga naik minyak.
Masukkan isi ayam yang sudah dibersihkan. Gaul dan biar seketika.
Masukkan santan, air asam jawa, kacau sebati. Biarkan mendidih.
Sementara menunggu kuah mendidih, kentang yang sudah rebus di tambah sedikit air panas dan dihancurkan hingga lumat. Masukkan ke dalam kuah yang sudah mendidih.
Masukkan kerang, fish ball, fish cake, garam dan perasa dan biar sekejap. Akhir sekali masukkan tauhu goreng tadi.
Hidangkan dengan tahu goreng, bawang goreng, sawi dan taugeh. Selamat mencuba!
***Anda juga boleh mengubah mana2 kandungan mengikut kesesuaian selera anda dan keluarga.

ayam masak merah

sekilo ayam (goreng separuh masak)
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 inci lengkuas
15 batang lada kering
1 batang serai (diketuk)
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb tomato puree
3 sb santan klu x letak pon x pe
1 senduk minyak (bekas goreng ayam)
garam,pak aji & gula klu bubuh kiub ayam magie lg sedap
Cara-cara

Kisar halus bawang putih,bawang merah,lengkuas,daun limau purut dan lada kering. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau serta masukkan serai.
Masukkan sedikit air serta semua sos. Perasakan dengan garam,pak aji & gula.
Masukkan pula santan,last masukkan ayam,gaul rata dan biarkan sekejap hingga semua sebati. Siap untuk dihidang.



ada lg sedap resepi ayam masak merah kak fida..guna remph beriani
1 ekor ayam - bersihkan dan potong ikut suka
10 batang lada kering* (lebihkan jika suka pedas)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 jari halia*
3-4 batang serai*
2 biji bawang besar - dihiris bulat
3 biji tomato - potong dadu
2 batang serai - titik
1/2 jari lengkuas - titik
2 helai daun pandan - disimpul
kulit kayu manis,pelaga,cengkih (bahan tumis)
2 sb tomato puri/tomato sos
3 sb rempah beriani
garam,gula/gula melaka secukup rasa
2 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit bawang goreng
minyak untuk menumis
Cara-cara

Ayam digaul sedikit garam dan kunyit dan goreng.Kisar halus bahan2 yang bertanda*
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris,penumis,daun pandan,serai dan lengkuas titik,hingga wangi.Masukkan bahan yang dikisar halus dan masak hingga hampir kering.Masukkan tomato buah,rempah beriani,tomato puri/sos dan gaul hingga rata.Masukkan sedikit air jika perlu,gaul dan tutup periuk sebentar.
Masukkan ayam goreng ke dalam periuk dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Gaul hingga rata,tambah air jika terlalu kering.Bubuhkan sebahagian daun ketumbar dan bawang goreng.Tutup semula periuk dan kecilkan api dan masak lagi hingga 5-10 min. atau hingga ayam masak.
Taburkan kacang peas,kacang gajus,bawang goreng dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

sambal udang special


Udang (saiz ikut suka )
Garam, gula, ajinamot
4 sudu santan kelapa (pekat) klu tak da pon tak pe
Air asam jawa
Bahan kisar : 6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 batang cili kering
2 batang serai
Sedikit belacan
Cara-cara

Gaul udang dengan garam dan goreng separuh masak.
Kisar semua bahan kisar di atas.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga masak dan garing.
Setelah garing masukkan air asam jawa. Kemudian masukan santan, udang dan bahan perasa secukupnya.
Biarkan pekat sedikit dan sedia untuk dihidangkan

rendang ayam resepi asal noor shahiazan mohd said fb

resepi ni belajr dgn biras noor shahizan mohd said.. 
bahannye:
1 ekor ayam-potong2
30gm cili kering-kisar
5 helai daun kunyit
rempah 5..seperti cegkih, kulit kayu manis. pelaga dan bunga lawang
5 helai daun limau purut
1 biji kelapa-ambil santannya
10 biji buah keras-kisar halus
20gm kerisik
garam n gula secukupnya
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
2 ulas kunyit hidup
Cara-cara

masukkn kesemua bahn2 ni dlm kuali sekali dgn ayam tak perlu menumis main leburkn je
masukkan santan, buah keras, serta ayam.
masukkan garam n gula. bila agak pekat, masukkan kerisik dan daun salam, daun limau . masak hingga agak kering.


ada saya jumpe resepi baru dri blog cik mat gebu..nanti2 bru try wat rendang ayam stail cik mat gebu 


1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
1 biji kelapa, diparut
2 helai daun kunyit, dimayang halus
3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
2 ulas bawang putih, dimayang*
2 asam keping
1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
3 camca besar cili kisar
4 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar gula Melaka
Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis
BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
5 batang serai, dimayang
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
Cara-cara

Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.

roti naik resepi dri shasha Rahmat dn noor shahizan mohd said fb


roti naik resepi shasa rahmat dan noorshahizan mohd said
bahan A

yis 11 grm

air suam 1/2 cwn

gula 1 sudu besar

tepung 1 sudu besar

***satukan bahan A dan biarkan yis naik 

bahan B

2 sudu besar marjerin planta / mentega dicairkan

bahan C

1/2 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula (KLU RASA MCM KURANG CECAIR BOLE TMBH 1/4 CUP LG AIR)

bahan D

3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum 

cara2nya

1 - mula2 buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, dgn suhunya suam.

2 - masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung

3 - add bahan A,bahan B & C dan uli tepung.

4- Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.

5 - Biarkan adunan naik

6 - Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang...(TAK PERLU TUMBUK..HNY CUIL DAN BULATKAN JADIK DOH KECIK2)...susun setiap doh rapat2 antara 1 sama lain..bila naik kali ke2 dia akan naik tinggi

7 - Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)

8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..

9 - Keluarkan dr oven dan bole sapu marjerin diatas roti

sambal tempe dan ikan bilis



1 kilo ikan bilis buang kepalanye yek
2 peket tempe

1 sudu besar gula
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

BAHAN - BAHAN DI KISAR HALUS :

15 - biji cili kering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih yang besar
Belacan sebesar syiling 50 senklu tak suka tak yah lah letak yek..
Sedikit air
caranye:
Tempe di potong nipis-nipis 
Basuh ikan bilis dan tos 

Goreng ikan bilis sampai garing , angkat dan toskan ikan bilis .
pastu gorengkan tempe dn toskn..sedia nk wat sambalnye
blender semua bahn2 kisar dn tumis dgn minyak sampi pecah minyak
pastu msukkn gula 1 sudu, ajinamoto dn garam..pastu bru masukkn tempe dn ikn bilis yg dh d goreng tadi.
sedia untk d mkn time panas2 yek..anak2 saye suka meratah smbal tempe ni.

roti gulung sosej



roti gulung sosej
8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
8 sosej ayam @ daging di goreng dulu sbb masa nk goreng bila dh d salut dgn serbuk roti tu akan cepat masak.
1 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam
sedikit serbuk lada sulah
breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-cara

Gelek roti hingga nipis/leper
Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan
Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis

Jumaat, 24 Disember 2010

Ahali syurga @ neraka..sumber dri metro online

SIAPA mahu jadi calon neraka? Tiada siapa mahu. Soalnya, betul ke kita tidak mahu nak jadi calon neraka? Cuba teliti fenomena semasa yang melanda masyarakat kita. Pelbagai gejala negatif terjadi seperti buang bayi, rogol, samun dan derhaka kepada ibu bapa yang menjadi sajian media saban hari.
Aduh..! banyaknya yang tidak kena dengan manusia sekarang. Inilah yang dimaksudkan manusia seakan-akan menempah tiket ke neraka dengan melakukan perbuatan keji yang bukan saja bertentangan adat norma masyarakat, malah sangat dikutuk Allah. Segala peringatan Allah dan wasiat Rasulullah saw dipinggirkan begitu saja. Inilah kesannya apabila manusia tidak mengendahkan ajaran agama maka akan berlaku cara hidup yang bertentangan dengan ajaran Islam. Siapakah dia calon neraka itu? Jawabnya sudah tentu manusia yang melanggar perintah Allah dan ingkar dengan suruhan-Nya. Pertama ialah orang yang sombong atau takbur. Inilah sifat yang seharusnya dijauhi setiap mukmin agar terselamat daripada seksa Allah di akhirat kelak. Rasulullah ada berpesan: “Tidak masuk syurga orang yang terdapat di hatinya sebesar zarah perasaan takbur.’ (Hadis riwayat Muslim). Begitu juga Allah menegaskan: “Pada hari kiamat kamu lihat orang-orang yang berdusta terhadap ayat-ayat Allah, muka mereka hitam warnanya. Bukankah dalam neraka tempat tinggal orang- orang yang sombong.” (Surah Az-Zumar ayat 60). Ketahuilah dan kita kena insaf punca berlakunya sesuatu gejala negatif bermula dengan timbulnya perasaan sombong yang menguasai diri seseorang. Contohnya, sejarah sebagaimana dipaparkan dalam al-Quran menceritakan betapa sombongnya Firaun sehingga mengaku menjadi Tuhan. Sombong adalah benih warisan iblis, kerana iblis pada awalnya bukan sebarang hamba Allah, dia cukup hebat dengan amal ibadahnya mengalahkan segala makhluk Allah yang lain. Tetapi lihat apa kesannya kepada dia apabila sombong dan tidak mahu mematuhi perintah Allah? Ciri ahli neraka yang kedua ialah orang yang meninggalkan solat fardu. Solat sebagaimana yang kita ketahui adalah tiang agama dan lambang keimanan dan kedudukan sebagai seorang mukmin yang taat kepada Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Muddaththir ayat 42-43: “Apakah sebabnya masuk neraka? Sahut mereka itu: Kami tidak mengerjakan sembahyang.” Begitu juga dalam Surah Al-Ma’un ayat 4-6 Allah memberi amaran berikut: “Maka celakalah orang- orang yang mengerjakan sembahyang iaitu orang- orang yang melalaikan sembahyangnya.” Bukan setakat itu, Allah juga akan mengazab hamba- Nya yang menunaikan solat, tetapi tidak khusyuk. Ini bermakna solat yang kita dirikan mesti dalam piawaian standard kualiti yang bermutu tinggi. Jangan ingat apabila kita sudah melakukan solat maka solat itu terus diterima Allah. Allah akan perhatikan kedudukan hati kita semasa menunaikan solat itu. Seandainya kita terawang-awang memikirkan hal dunia semasa bersolat, bermakna kita lalai dan tidak khusyuk. Allah berfirman: “Sesungguhnya telah berjaya orang- orang yang beriman, orang- orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah Al-Mukminun ayat 1-2). Inilah satu jaminan Allah kepada kita dan prasyarat diterima solat kita. Jadi, jangan sekali-kali tinggalkan solat dan apabila mendirikan solat pula, jangan sekali-kali lalai dan tidak khusyuk.

Siapa lagi calon neraka? Manusia yang derhaka terhadap ibu bapanya antara golongan terlaknat dan pasti akan menerima balasan azab maha pedih di neraka kelak.
Dalam hal ini Rasulullah meninggalkan pesan kepada kita: “Jauhkan dirimu daripada menderhakai kedua-dua ibu bapamu, kerana sesungguhnya syurga itu mempunyai bau yang jaraknya seribu tahun dan tidak dapat mencium baunya orang yang derhaka kepada ibu bapanya. Yang lain ialah orang yang memutuskan hubungan silaturahim, orang tua yang berzina dan orang yang melabuhkan pakaiannya kerana kesombongan. (Hadis riwayat Ad-Dailami). Oleh itu, dapatlah dikatakan memelihara dan menjaga ibu bapa dengan baik seolah-olah seseorang hamba itu sedang menguak pintu rahmat dan menanti sambutan meriah ke syurga kelak.

Selain itu, Allah juga akan mendatangkan azab neraka kepada sesiapa yang berbuat zalim semasa hidupnya. Waspadalah! Maksud zalim di sini ialah melakukan kezaliman terhadap sesama manusia mahupun terhadap makhluk Allah yang lain. Juga Allah mengancam akan membenamkan pemimpin yang melakukan kezaliman kepada rakyat yang diperintahnya. Allah menegaskan dalam surah Maryam ayat 72: “Kemudian Kami selamatkan orang-orang bertakwa dan Kami biarkan orang-orang zalim dalam neraka dengan berlutut.” Allah menekankan lagi dalam Surah Asy-Syu’ara ayat 42 bermaksud: “Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanya terhadap orang- orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela menceroboh di muka bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” Manakala kepada pemimpin, Rasulullah ada mengatakan yang berikut: “Sesiapa saja pemimpin yang curang (zalim) terhadap rakyat, maka akan masuk neraka.” (Hadis riwayat At-Tabrani). Justeru, berwaspadalah dan ingatlah akan amaran Allah agar kita tidak termasuk dalam kategori manusia yang zalim.

Jika mahu disusun kategori sifat manusia yang bakal menepati calon neraka memang banyak. Cukuplah setakat yang dibincangkan di sini sebagai pedoman kita agar diri kita menjadi insan yang tebal iman dan kukuh takwanya. Insya-Allah, iman dan takwa sajalah bekalan kita di hadapan Allah nanti.
>Penulis seorang guru
sumber dri metro online

Khamis, 23 Disember 2010

kek kopi resepi dari sue Aleen kwn FB dn KR

yess....akhirnye dpt jugak resepi kek kopi.ni saye dpt dri kawn KR (FB) sue Aleen..trima kasih bnyk2 pada sue kerana sudi share resepi ni. memang saye nk sangt try buat kek kopi.insyaallah ada masa nanti akan ku cuba juga  baking membaking kek kopi ni.resepi ni simpan dulu untk jd tatapan kwan2 yg melawat.gmbrnye tak dapat lah saye share sbb belom lg try..insyallah dah try dn menjdi nanti bru saye share d blog ni.harap2 lah menjdi..nmpk mcm mudah.ape2 pon kena cuba dulu.ni resepi nya klu kwn2 nk cube salin lah yek..siapkn kertas dn pen.hehehe       http://www.facebook.com/suealeen







Bahan-bahan A:

80 ml air
4 biji kuning telur
½ cawan minyak
70 g gula kastor
1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan B (campur & ayak):

120 g tepung gandum/tepung kek
2 sudu teh serbuk kopi (untuk rasa lebih kopinya letak 3-4 sudu teh pun tak pe)
1 ½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam

Bahan-bahan C (meringue):

4 biji putih telur
70 g gula kastor
1 sudu teh cream of tartar (pilihan) (saya tak letak)

Cara membuatnya:

1. Pukul bahan C hingga menjadi meringue. Seeloknya pukul telurnya terlebih dahulu hingga berbuih, kemudian diikuti dengan gula. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga tanduk terbentuk dan bila diterbalikkan adunan tidak jatuh.

2. Campurkan air, kuning telur & minyak. Pukul hingga berbuih.

3. Kemudian masukkan gula dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.

4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul dengan kelajuan rendah untuk beberapa minit.

5. Kemudian campurkan bahan C ke dalam adunan A + B tadi. Dengan menggunakan spatula/senduk kayu sahaja, kaup kedua-dua adunan ini hingga sebati (warna meringue bertukar dari putih ke kecoklatan).

6. Tuang ke dalam loyang yang telah dilengserkan dengan mentega dan sedikit tepung. Bakar dalam oven dengan suhu 160°Celsius selama sejam menggunakan kaedah steam bake. 

meletakkan air panas ke dalam loyang dan baru letakkn loyang yg berisi adunan kek tadi

Rabu, 22 Disember 2010

kesian puan nora jadi mangsa penipuan sindiket terancang sumber metro

KUALA LUMPUR: “Mulut saya bagaikan dikunci dan menurut saja apa katanya. Saya seperti dipukau kerana semuanya berlaku dalam masa yang singkat. Kejadian ini mengakibatkan hidup saya tertekan dan terpaksa menanggung bebanan hutang.
“Tandatangan dan cap jari saya ditiru dan selepas pinjaman itu lulus, saya tak terima satu sen pun kerana duit itu digunakan untuk menyertai perniagaan yang saya sendiri tidak tahu,” kata Nora 26, yang menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang menawarkan pinjaman ala pelaburan sebuah koperasi.

Dia yang baru enam bulan bekerja sebagai penjawat awam di Putrajaya, diperkenalkan kepada seorang lelaki dipercayai ejen yang menawarkan satu skim pelaburan untuk melayakkan peserta membuat pinjaman peribadi.
Menurutnya, segalanya bermula selepas dia berjaya mendapatkan pinjaman daripada sebuah koperasi pertanian sebanyak RM18,000 dan tidak lama selepas itu, dia bertemu seorang lelaki yang memujuknya menyertai skim itu yang dipercayai boleh mendatangkan keuntungan dalam masa singkat.

“Dalam pertemuan dengan lelaki itu, saya langsung tidak menyatakan persetujuan untuk menyertai pelaburan berkenaan. Suami ada bertanyakan mengenai jumlah pinjaman yang boleh dipinjam, tapi lelaki itu meminta saya menyerahkan slip gaji dan borang pemotongan Angkasa dahulu bagi mengetahui nilai sebenar.

“Tiga hari selepas dokumen berkenaan diserahkan, saya dihubungi koperasi menyatakan pinjaman saya diluluskan dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati sejumlah RM33,000 dimasukkan ke dalam akaun saya,” katanya.

Nora berkata, dia kemudian menghubungi lelaki berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai duit di dalam akuan berkenaan dan ejen itu memaklumkan bahawa sudah mengetahui transaksi duit ‘pinjaman’ itu ke akaunnya.

Katanya, dia dan suami dihubungi ejen itu yang mendesak duit itu dikeluarkan cepat mungkin kononnya akan mendapat pulangan yang tinggi kerana menyertai skim itu lebih awal.

“Keesokannya, lelaki itu datang menjemput dan membawa kami ke sebuah bank di Puchong untuk mengeluarkan duit berkenaan dan dipindahkan ke atas nama sebuah syarikat.

“Selepas urusan di bank selesai, dia terus menghantar kami pulang dan meminta kami menunggu sementara dia akan menguruskan semuanya dengan pihak koperasi. Dia hanya memberitahu bahawa potongan sebanyak RM200 lebih akan dikenakan” katanya.

Menurut Nora, dua bulan selepas itu, dia begitu terkejut malah hampir pengsan apabila mendapati gajinya dipotong sebanyak RM545 sebulan dan jumlah itu terlalu tinggi dibandingkan gajinya sebagai kerani.

Menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku, dia dan suami merujuk perkara berkenan ke pejabat koperasi dan begitu terkejut selepas dimaklumkan bahawa nilai sebenar pinjaman itu hampir RM43,000 serta perlu dibayar dalam tempoh 15 tahun.

“Saya sendiri hairan bagaimana pinjaman itu diluluskan sedangkan saya tidak pernah menandatangani borang pinjaman, malah di dalam salinan perjanjian yang diberikan, alamat yang tertera bukanlah rumah saya sebaliknya milik orang lain.

“Suami cuba menghubungi ejen berkenaan tetapi gagal menyebabkan kami membuat laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya,” katanya.

Nora berkata, akibat kejadian itu, dia dan suaminya kini hidup susah kerana terpaksa menanggung pinjaman yang digunakan orang lain dan terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan perkara ini dengan merujuk kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti kes berkenaan sebelum mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu Nora.

adoi..bahayanye..jgn lah sembarangan bg butir2 peribadi dn dokumen pada orang yg kita tak kenali. sekarng ni mcm2 cara oarang nk menipu.

Selasa, 21 Disember 2010

santau. ..limau nipis ubat santau sumber metro

KUALA LUMPUR: Limau nipis ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau ‘angin’ yang dikenakan kepada seseorang melalui kaedah belah atau memotong limau itu daripada tangkai atas ke bawah.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali (gambar) berkata, selain digunakan untuk memulihkan pesakit santau, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengesan sama ada seseorang itu sudah terkena racun santau atau tidak.

“Apabila orang yang terkena santau angin memakan limau atau nanas bersama kicap mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan, malah, pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam,” katanya.
Menurut Suhaimi, santau angin yang turut dipanggil ‘tuju’ itu dihantar dari jauh oleh individu tertentu dengan niat mengkhianati seseorang atau memenuhi syarat pemilikan santau.

“Pengamal santau perlu membuang santau itu setiap tahun bagi memastikan ia tidak ‘memakan’ diri sendiri atau keluarga terdekat mereka,” katanya.

Katanya, santau angin boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara manual iaitu penghantar meletak bahan santau ke dalam makanan atau minuman orang yang ingin disantau dengan meletakkan serbuk santau itu pada hujung kuku dan ditabur dengan cara merenjis.
Manakala cara kedua, melalui upacara pemujaan yang dilakukan bomoh menggunakan perantaraan makhluk halus atau jin. Ia dilakukan dari jauh tanpa pengetahuan mereka yang ditujukan santau berkenaan.

Semalam, Harian Metro melaporkan lima anggota polis yang menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.


Mengulas kejadian itu, Suhaimi berkata, ada beberapa panduan boleh digunakan orang ramai untuk mengenal pasti kehadiran santau di kedai makan atau sesebuah restoran.

“Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.

“Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau,” katanya.

Beliau berkata, antara tanda-tanda awal seseorang itu terkena racun santau ialah mulut berbau busuk, kuku menjadi hitam dan batuk berpanjangan.


kerana sakit hati, manusia lupakan tuhan dan agamanye demi memuas kn keinginan dn dendam..

Isnin, 20 Disember 2010

daging masak kicap resepi dayang jack my resepi


  • 1/2-1 kilo daging (dibersihkan dgn air asam jawa dan dipotong kiub)
  • 8 ulas bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 sudu bsr serbuk lada hitam
  • 1 sudu bsr cili kisar
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu bsr kicap pekat cap Popo/Yeos (jika ade)
  • 3 sudu bsr kicap masin 
  • 2 sudu bsr kerisik (buat sendiri)
  • rempah 4 sekawan (cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)
  • 3 sudu bsr minyak masak
  • 1/2 sudu bsr asam jawa (Adabi)
  • garam, gula dan air secukupnya.

Cara-cara

  1. Img1089a
     Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat (1 jam atau perap semalaman)
  2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.
  4. Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
  5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.
  6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga

sambal udang


  • 8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
  • 4-5 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
  • Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
  • Minyak untuk menumis, gula, garam..
  • (Jika suka..tambah petai 1/2 mangkuk)
  • 1 Labu Bawang Besar-Dihiris

Cara-cara

  1. 1- Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
  2. 2- Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
  3. 3-Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
  4. 4- Jika suka masukkan petai..
  5. 5- Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
  6. Hidangkan..

KALAU DAH BEKENAN, JOM ORDER

Jom Shopping di facebook..
Pilihan di tangan anda.
Pilih,order,beli dan guna.
CARA-CARA ORDER
1-PILIH BARANG
2-Whatsupp 019-8013761 @ mesej FB
@ SMS SAYA 019-8013761
3-DAH TRANSFER..SILA SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN melalui vWhatsupp atau pon sya chek terus di internet banking
4-SAYA TERIMA DUIT..BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER.
JIKA ANDA TRANSFER DARI BANK LAIN KE BANK LAIN CONTOH CIMB - MAYBANK.. SILA SERTAKAN RESIT/ BUKTI PEMBAYARAN.. SEBAB INI AKAN MENGAMBIL MASA 3 HARI BEKERJA BARU MASUK BANK SAYA..KEMUDIAN BARU SAYA AKAN PROCEED ORDER YEA
5-LEPAS TU BARU SAYA POS
6- LEPAS POS SAYA AKAN SMS NUM TRACKING POS LAJU
DAN UPDATE DI WALL FB
untuk cek status brang anda blh cek di sini k >>http://www.poslaju.com.my/track.aspx << .. just masukkan tracking num anda.. ^^TERIMA KASI